Rabu, 1 Disember 2010

JEMPUTAN KAHWIN




Salam kawan-kawan semua,
ambo dengan sukacitanya ingin menjemput kawan-kawan ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan saya seperti mana tertera di bawah.
Moga-moga dengan kehadiran kawan-kawan semua dapat memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.




Selasa, 26 Oktober 2010

KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN

.
hari ini
belalangku memanggil aku terbang
tinggi ke bukit melihat gemuruh laut merah
negeri tumpah darah berkampung untuk maruah
usai dua puluh empat purnama
kita mengadap kembali!
sebagai lelaki berani
turun ke gelanggang untuk kesekian kali

wahai pahlawan berbaju merah
ayuh!
kamu itu pejuang
dan kami akan mengaum bergegar-gegar langit
membakar semangat tuan-tuan
anak-anak merah kijang

jangan bimbang
ini aku
sang penunggang belalang
akan terus di belakang
bertempik meraung mengobar angin orang Kelantan
kalau tidak aku si anak Cik Siti Wan Kembang
siapa lagi?

Cah keting haipp...!!!!

Ahad, 3 Oktober 2010

PINDAH RUMAH LAGI

...hok alos...
kena pindah rumah lagi aku ujung tahun nih...hermmm carik kat mana plak eh?

pantai dalam?

...

seksyen 14 pj...?

...

flora damansara balik?

...

sentul?

...

atau maintain dok kat pandan indah nih?
stesen lrt pun dah dekat dah...


susohnyos..kalau ada rumah sendirik kan besttt...

hermmm...kena tanya mem dulu nih...





kawan-kawan ada cadangan???




RUMAH KAT JLN KLANG LAMA

nih aku ambik masa raya 2008
kebetulan adik aku takleh balik masa raya...aku dan adik pompuan adik aku pakat-pakat masak masa raya tuh...


kasut bersepah!!!!....



sarapan di pagi 1 Syawal.... hehehe...




FLORA DAMANSARA




gambar nih masa aku masak spaggetti untuk 2 kawan aku....ntah bila ntah...lepas tuh sakit perut ramai-ramai...hahahahaha....



PANDAN INDAH


YONG SELUWATI & KHAIRUL

kenduri besar di kampung sayong
bot ditambang jeti kuala
gadis riang namanya eiyong
khairul manis, segaklah pula

senyum meleret pengantin baru
berinai-inai semerah hati
hati berdebar diseru-seru
diijabkabul teruna sunti

baju perak bersanggul lintang
sampin diikat belah di tepi
jagalah adik bagai ditatang
patuhlah abang seikhlas hati

kalau hendak songket kebaya
biar dipakai berdua-dua
kalau hendak bersatu lama
biarlah hidup bersama lama

suap menyuap tersipu malu
makan berhidang enaknya rasa
moga gembira ke anak cucu
umur panjang bahagia sentiasa

bunga telur ikat sejambang
ole-ole sahabat taulan
bila kasih sudah berkembang
bagai pungguk rindukan bulan

ada apa di balik kelambu
nampak samar dalam terang
ada apa dalam kalbu
dua hati bersatu tenang

ada apa dalam kalbu
kerna kasih berahi dendam
adik cantik baiknya laku
kasih abang tak kunjung padam

kalau hendak ke kuala kangsar
jangan lupa ke sayong mesjid
takhta dibina amatlah besar
bagai berdiri sebuah masjid

Yong, selamat membina generasi baru

razali isa
2.10pm 11 Januari 2006
SBB Damansara Heights
Kuala Lumpur

Isnin, 27 September 2010

RAYA LEVEL PH @ MING Building

Selamat datang ke Level PH MING Building...opis aku hehehe...


Sang teruna & jelitawan floor aku...heheh... steaddyyy yeahhhh....


...ni lah hasilnya kerja tangan warga Level PH Ming Building - masa raya opis aku....

Makan time...!!!

sibuk dok makan...


gambar aku untuk di tampal kat board...hensem tak?...hahahahahaha...

aweks-aweks... :p

at last...dapat jugak aku bergambar ngan dia :))

Ni nama dia Shahnaz tapi dia pemalu, that's why dia tutup muke guna shawl...betul tak darl?

another photo of me (thanks Ita :)

Boss paling besarrr datang jadik judge... Wan senyum dengan penuh kemanisan untuk me nackle hati juri...kahkahkah...

FOTO RAYA

Depan:Alis Najihah, Anis Suraya,Adib Muhsin,Alif Najmuddin
Tengah:Abg Long,Mak,Ayah,Kak Long
Belakang:Adik Aar,Joe,Rojak,Kak Yah,Amjad Fazrey,aku, Mek Kak
Tiada dalam gambar : Abg Ngah & Rojie.

Ahad, 19 September 2010

TUKAR TITLE

.
11 haribulan September, secara rasminya aku tukar title jadik tunang orang.
2 Syawal-raya kedua, orang lain masih beraya, aku dah berpeluh-peluh dok salam bakal pak mertua dan bakal pak-pak sedara kat kampung mak aku a.k.a kampung tunang aku...hehehe..

Mak suka bukan main dapat menantu orang kampung dia. Nak buat camana, dah jodoh...thehehe....tak plan pun nak kawen orang kampung sebelah nih... :p

...skang nih dok bilang bulan plak bila nak kawen nih...hahahaha....

gambar..?? nanti aku letak len kali...penat tolong decorate office belum reda lagi nih...
(sapa punya idea laa ni nak buat floor tercantik nih?? dah laa Level PH tu 2 3 kerat jek ada...)

Khamis, 16 September 2010

ESOK

.
kalau esok aku menjadi tanah
biar panas berteduh lembayung kemboja
redup dari bahang dosa lalu
untuk aku damai tenang di sana

Sang Pencipta
kerdil aku
memuji-Mu
lemah aku
di sisi-Mu
hidupku
bernyawa rahmat-Mu
matiku
mohon iman dari-Mu

aku ini kecil...

HARI LAHIR MALAYSIAKU

Rabu, 15 September 2010

EIDULFITR 2010


.
Selamat hari raya...

Selasa, 31 Ogos 2010

HARI MERDEKA


BUAT RAKAN-RAKAN SENEGARA :


SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 53.


semoga kemakmuran ini akan kekal selama-lama.


Isnin, 30 Ogos 2010

TIDAK BERTEMU

.
Kata Dia :
tika malam menjelma menggantikan siang
bulan pula muncul di tengah keheningan malam
kala ku lihat bulan
wajahmu terbayang dalam ingatanku
selamat malam
27/8/10 10.54pm

Kata Aku :
mentari siang datang!
wajahku masih di bulan?
di awan berbayang rindu
aku lihat wajah kamu
bukan dengan mata tapi dengan hati
degupnya mengusir lelap
menyapa salam pada cintahati
28/08/10 12.03pm


...dan hati kami berbunga-bunga
untuk rasa rindu itu...

.

Selasa, 17 Ogos 2010

MENANAM PINANG

.
rendang kena dengan kerisik
buah kuini getahnya hilang
orang di sana minta dirisik
orang di sini suka kepalang

hati-hati menanam pinang
takut dekat dengan telaga
hajat di hati nak masuk meminang
syawal dekat raya kedua

.

SEMINGGU PUASA

.
Seminggu puasa. Aku di Kota Bharu. Sambil melawat orang tua aku pusing-pusing juga keliling bandar Kota Bharu serata-rata.

Kebetulan aku pulang kali ini,musim buah tengah menjadi pula. Puaslah aku menyantap buah duku, durian, dokong dan rambutan.

Mak kata buah-buah musim ni banyak yang jadi baja. Luruh jatuh ke tanah begitu saja. Tidak ada orang yang melenggot mahu mengocoh buah-buah yang masak itu.

Buah setor juga meranum di pohon, tiada siapa yang mahu merukah naik untuk mengambilnya.

aku pesan juga pada mak dan ayah - bagi saja pada siapa-siapa yang mahu, daripada membazir begitu saja.

Sempat juga aku meround Pasar Siti Khadijah untuk mencari ulam buat nasi kerabu. menjajat dua tiga butir kedai emas mencari seurat cincin tanda. Juga membeli sagon dan asam celagi pesanan rakan sekerja.

Bila pulang singgah di TESCO, membeli barang-barang yang lain pula.

Ayah, dalam dua tiga bulan ini dok sibuk renovate rumah ( of course dengan bantuan abang ngah, joe dan adik aar.) Orang kata sebab nak bekwoh besar. Tapi sebetulnya itu tidak ada kena-mengena dengan kenduri atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Ini semua disebabkan adik aku Rojie yang beria-ia benar mahu membaiki rumah - "kita pakat adik-beradik.." kata dia.
Dan aku pula tidak ada sebab untuk tidak setuju dengan idea dia...hehehe...

So, dua tiga hari sebelum puasa, sempat juga aku menolong ayah menggaul simen dan pasir dua tiga kereta, dan juga menghulur bata-bata blok untuk diikat oleh ayah...tapi tak banyak laaaaa...hehehe
kebetulan ayah juga tidak berapa cekat, ayah hanya buat setakat yang dia mampu saja. Tak apa laa ayah, kalu penat berenti dulu...nanti kita minta tukang untuk buat peneduh dan bin tu pula.

Wakaf Che Yeh tidak sempat aku lawat, sekadar lalu-lalu macam itu saja.
Malamnya aku sempat juga pekena teh di Kopitiam White House depan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Keluar dengan Adi - macam-macam cerita boleh dengar.

Sehari sebelum pulang ke KL, aku minta mak buat lagi nasi kerabu, kali kedua dalam masa empat hari. Ayah sudah hilang selera melihat ulam-ulam nasi kerabu nih...dia lebih suka kalau ada kuah lemak...hehehe.

perjalanan pulang ke KL memang memenatkan....lebih-lebih lagi dengan wang yang melayang-layang dan kotak fikir yang terawang-awang.
Adios Kota Bharu. Dalam tiga minggu kita akan ketemu lagi.

.

PULANG KE KAMPUNG

.

Minggu pertama bulan Ogos aku pulang ke kampung di Kota Bharu. Best pulak rasanya dapat makan nasi kerabu masakan mak.

Cuti aku kali ni agak panjang, setelah hampir lapan bulan kerja tanpa cuti, aku rasa memang aku kena ambik cuti untuk rehatkan diri.

Balik Kl pulak terlepas flight pulak...aduhai...!!! melayang fulus...kena ambik tiket lain. Kebetulan pulak hari tu aku janji dengan beberapa orang kawan aku nak buka puasa kat PJ Hilton, terpaksa laa batalkan.

Sampai KL Sentral dalam pukul 9.30 malam mujur KA.Y dan AMN dengan baik hatinya datang ambik aku. Terus ke Bandar Baru Ampang - pekena pecal lele.

Masa kat airport tadi sempat makan akok bunga bekal yang mak bagi saja. Dalam flight plak boleh laa hirup jus oren dua tiga teguk sambik mengunyah kacang masin dan 2 biji kurma... alhamdulillah...

thanks kak for fetching me to the airport. And thanks my friends for your generous help and waiting for me to finish my buka puasa meal.

Sempat jugak kami borak-borak dan bertukar-tukar cerita...
AMN ajak pi Singapore 3rd week of Ramadhan...nak pegi ka? boleh jugak berpuasa di negeri orang...hehehe. Tapi itu akan dibincangkan kemudian.... kena balik rumah dah - penat...

huh...esok kerja..... hadoiii!!!!!
.

Jumaat, 16 Julai 2010

Isnin, 12 Julai 2010

SETELAH ANDRE PULANG


.
selamat jalan sahabat
anak muda Kota Kembang
rindu Parijs Van Java
tanah tempat tumpah darah

dulu di Gegerkalong
aku menjadi Sangkuriang
mencari berahi Dayang Sumbi
dalam nafas Kota Bandung
di Pasar Pagi dan segar Ciater
nyaman dan nikmat

kini
dia pula di Kuala Lumpur
melihat kembang -kembang kota kami
ziarah mesra kenalan semua
berkendong senyum tandamata riang

tapi itu seketika saja
esok dia pulang

selamat berangkat wahai kawan
sampai di sana ingatlah kami
teman teman di seberang
kuberi ingatan kasih dari hati
cicipan kenangan dibawa pulang

nantilah Andre
kamu mesti kembali
untuk rindu rindu kami ini
nyanyi nyanyi enak
dan makan sedap sedap
juga libur libur hangat
dan senang senang rehat

mesti datang lagi ya... :p
.

Sabtu, 10 Julai 2010

PAPADOM


.
Papadom memang best! Aku gelak jek sepanjang-panjang tengok cerita nih...hehehe..
Aku suka Harun Salim Bachik. Real giler!!! hahaha....

Liyana Jasmay memang bagus lakonan dia dalam filem nih.
Norkhiriah pun aku suka!

Vanida...adusss...cantIKKK NYAA !!! dalam filem ni...sengih sorang-sorang aku tengok dia masa scene makan nasi ngan Afdlin Shauki tuh...hehehe

Kalaulah dialog-dialognya tidak macam direct translation dari english (terutama yang diujarkan oleh Afdlin) mesti best lagi cerita ni...

Begitu juga kalau watak-watak business partner dia kalau lagi hidup lakonannya mesti ternganga-nganga mulut aku nonton filem nih...hehehehe.

BTW, congrats Afdlin untuk filem best nih. Nanti ada masa aku nak tengok lagi (errr...DVD kat bilik je laa... - kat panggung dah lama dah habiss...).

Jumaat, 9 Julai 2010

KAWAN-KAWAN CEKAL

.
Rindu
kawan-kawan
teringat
teman-teman

(mata meliar mencari kenaikan)

mahu ke mana?
(tegur sang belalang)

aku mahu pulang mencari taulan
rindu aku bukan kepalang

tidak perlu wahai tuan penunggang

(bisik belalang)

singgah aja di buku muka
tanyakan khabar apa berita mereka di sana...
(huh...belalangku bunyinya semacam amah indonesia = terkesima tuannya)

hermm... ho la...
(jawap aku si penunggangnya).

.....

Apa khabar Dean?
rakan belajar tika waktu malam
bertandang tanpa segan
minum makan sampai kenyang
dan terima kasih makcik
untuk ceritakasih dan selimut tidur yang lena

Zahini
Abe Za Wirdiana
sahabat ambo ini
manis wajah dan kacak pula
mana gadis tidak tertawan?
Zila kasihjiwa (sahabat aku juga)
bagai cincin dengan permata
bagai keris dengan pendua
bagai pinang dibelah dua
kasih sayang tiada akhirnya

Pok Bah periang
senyum di bibir sentiasa ada
seorang yang bijaksana
panjang akal petah bicara
sehat gu?
bila mahu ke Melaka?
boleh aku ke sana juga...

Hanifa saing berkongsi meja
rakan aku bercerita berseloka
kongsi buku dan kisah (err...boleh cerita ker??)
bila agaknya buleh kembali bersua Pa?

sorang lagi namanya Jenal
Jumpa di PJ macam tak kenal
aku dan dia sama-sama sengal
tapi tak apa
asal baik budi berjiwa kental
errr...Jenal,duit hari tu aku belum bayar laa...

Zaidi pemuda budiman
kawan aku seorang pendiam
merendah diri jadi pegangan
bangganya aku menjadi teman
apologi Di
sebab selalu mungkir janji
untuk keluar minum kopi
nanti kawe belanjo deh...

kawan aku namanya Azmi
orangnya spoan tuturnya diam
tapi kalau sudah bertemu teman
hermmm bisingnya boleh tahannn!!!!! hehehehe...
sihat ko demo sekarang?
seronok kerja di Negeri Kelantan?

......__________......

Mar nurse yang manis
kaki terayun-ayun di bus stop.

Zila yang suka menyanyi
mungkin untuk Zahini

Khairani Aida yang suka senyum
tapi aku ingat lagi tahi lalatnya

Syimah towkey Avon
terima kasih untuk perfume percuma Mah

Tiny Naa yang comel
yang selalu MC dan tak datang sekolah

Nisa yang baik hati
Seribu Impian oleh Casey

Syilah yang manis
yang aku suruh mandi susu

Nera yang montok
yang suka dada bidang superman

Sueza
putih giginya
dan gelak-gelak di kelas

Lily yang tinggi
yang berani bersuara

Ain yang sporting
camping di Pantai Sri Tujuh

Aniz berkening lebat
bila gelak terangkat-angkat bahu

Sue yang aktif
orangnya rendah senyum yang ramah

McJe yang suka angkat tangan di kelas
dan jenaka yang tidak lucu...

Mimie bagha
headgirl kami si tampuk manggis

Bina mix siam
suara serak bergigi seksi

Mek Dah orang Kedah
merah bibir senyum lawa

Mahani yang diam
hati baik dan itu aku senang

Rusmiza apa khabar?
kawan pertama di enam cekal

Zarina putih melepak
hampir-hampir jadik gewe ambo...hahaha...

Mek Za isteri Jaha
orangnya baik tutur berlapik

Wan Zulaiha berkaca mata
pembekal nasi berlauk

Zainura orang Pendek
suka mengutip duit! (bendahari kelas heheh)

Rini dari Sabah
suka bermain silangkata

Rosmalini classmate dari sekolah rendah
suara slow sukanya aku dengar..





...apa khabar semua?

sungguh..
aku rindu


terima kasih untuk kenangan-kenangan manis itu
izinkan aku simpan untuk hari-hari tua nanti
menjadi memori yang lekat di dada
sampai bila-bila

terima kasih teman.

....

harrrghhh..
aku sudah mahu pulang belalang
merah kamu pun harus di jaga
jangan pula luntur warnanya
harus pulang ke kandang bersih segala

apa...?

mataku pun merah juga?
oohhh...ini kesan derai hati
jatuh dari kelopak jiwa sebentar tadi

lagi pun aku sudah mengantuk..itulah merah matanya.

SUDAH!!!

kita harus tidur
untuk tenaga esok

segera kamu ke kandang
aku mahu ke kamar. Istirehat.
itu kena...!

Selamat Malam...

Selasa, 6 Julai 2010

HUJUNG MINGGU PERTAMA JULAI 2010

.
Hujung minggu pertama aku bulan julai, aku selesema!
Terbongkang tidur...mamai dengan ubat yang doktor bagi.

Tapi ada dua acara yang aku harus hadir. Yang tidak boleh aku tolak.

KENDURI KAHWIN

Sahabat semasa di universiti dulu menjemput aku ke kenduri kahwin adiknya di Holiday Vila Subang. Bersama-sama dengan beberapa orang rakan, aku menghadirkan diri ke majlis tersebut walau pun tak berapa sihat.

MAK YONG RAJA BESAR HO GADING.

Ini aku menonton sempena KL Festival. Kali ini aku dengar kumpulan yang membuat persembahan didatangkan khas dari Kelantan. Lagi aku teruja untuk menonton. Benarlah, menonton Mak Yong kali ini lebih puas rasanya, lebih-lebih lagi adanya lawak-lawak peran yang begitu menghiburkan hati. Mengeletek geli hati sampai ketawa terbahak-bahak.


....

Tak apalah demam-demam pun, balik rumah terbongkang balik...hahahaha...

.

Isnin, 5 Julai 2010

HUJUNG JUN YANG KELAM

.

29 Jun 2010

Pagi yang mendung.
Kebetulan hari itu ada pula urusan di luar pejabat yang aku harus selesaikan. Dan aku sangka seusainya urusan-urusan ini akan selesailah juga beberapa masalah yang membebankan kepala aku untuk beberapa ketika ini.

Tapi itulah,tanpa disangka-sangka ada berita yang lain pula singgah di gegendang telinga. Hampir tuli juga aku dibuatnya. Berita yang tidak mahu aku dengar awal-awal minggu begini. Berdengung macam demam selesema. Namun apakan daya, takdir tidak dapat kita tolak. Siapa kita untuk mempersoalkan takdir yang Esa.

Pagi itulah Kak Yah - kakak aku, telefon jauh dari Temerloh, membawa perkhabaran sedih;

"Li..."
"Mak Che Mah dah tak ada..."

Suara Kak Yah lain benar, rendah dan ditahan-tahan bunyinya.
Mendengar itu, aku rasa hening seketika. Semua benda bagai menjadi pegun.

"Nanti Kak Yah, kejap lagi aku pegi Temerloh."
"Ho lah. Mung ada nombor telefon Rojak ko? Kak Yah telefon tak leh."
"Takdok.Cuba hantar message. "
"ok. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Satu-satunya mak saudara aku sebelah ayah yang masih ada sudah pergi menyahut seruan Ilahi. Al Fatihah buat Gemulah Mak Che Mah. Sedih hanya tuhan saja yang tahu.

Kami adik-beradik lebih senang memanggil kakak ayah ini dengan panggilan Mak sahaja. Tetapi kadang-kadang kami letakkan juga nama mak - Che Mah untuk membezakan dengan Mak kami yang sebenar. Mak Che Mah dan ayah adalah adik-beradik satu ayah tapi berlainan ibu. 'Adik beradik sebenar' orang Kelantan kata.

Sebetulnya aku hanya mengenali Mak setelah usia sudah pun menginjak dewasa. Mak bersama-sama dengan suami dan anak-anak merantau ke Temerloh untuk membuka tanah baru, meninggalkan kampung halaman mereka di Kelantan. Disebabkan pengangkutan yang agak sukar pada ketika itu, membuatkan Mak sekeluarga amat jarang pulang ke Kelantan. Semenjak itulah kami amat jarang bertemu. Tambahan pula keadaan kewangan yang tidak begitu mengizinkan. Berulang-alik dari Pahang dan Kelantan kosnya tinggi juga.

Di situ, di Seberang Temerloh itulah Mak mula membina kehidupan baru bersama-sama dengan suami tercinta (yang tidak sempat aku kenal) dan lima orang anak-anak mereka. Apa yang aku tahu Gemulah Mak memang handal membuat ikan pekasam. Ikan-ikan ini akan dijualnya di pekan Temerloh setiap kali adanya pekan sari. Mak pernah bercerita, masa ini jambatan panjang belum ada lagi. Mereka suami-isteri akan menaiki perahu untuk sampai ke Pekan Temerloh. Begitu gigihnya Mak suami isteri mencari rezeki demi untuk anak-anak yang semakin membesar.

Mak juga, pada masa itu telah menjadi pelopor masakan kenduri kahwin yang agak berbeza berbanding dengan hidangan kenduri masyarakat setempat, Mak telah memperkenalkan lauk-lauk kenduri Kelantan untuk dimasak dan dihidangkan untuk kenduri kahwin di kawasan sekitar Kampung Paya Jauh. Sehingga sekarang, anak-anak mak masih lagi meneruskan tradisi masakan warisan yang dibawa oleh Mak.

Aku masih ingat...

suatu hari...semasa aku kecil-kecil dulu pada petang selepas habis bermain dengan kawan-kawan sebaya, aku pulang setelah azan maghrib hampir-hampir berkumandang. Seperti biasalah kami adik-beradik memang dilatih untuk naik melalui pintu dapur sekiranya dianggap 'kotor' oleh mak. Senang untuk dijerit supaya terus ke bilik air dan mandi juga bersiap-siap untuk makan malam nanti.

Tapi hari itu agak lain sekali. Dapur tidak berlampu. Kak Yah (yang masih anak dara masa itu) setelah mendengar pintu dapur dibuka dan dilihatnya aku pulang terus dia menjuih-juihkan bibir menyuruh naik ikut pintu hadapan. Pada ketika itu juga, tiba-tiba terdengar suara parau ayah bagai suara komandan menyuruh aku naik melalui pintu hadapan. Mungkin dia perasan yang aku sudah pulang. Dengan kaki penuh berdebu dan badan berbau aku berhati-hati menaiki anak tangga menuju ke pintu depan. Sempat aku menjeling mak takut-takut mak perasan betapa kotornya aku selepas 'sepetang tumah nah' 'berkubang' di padang (kawasan sawah padi yang menjadi kawasan permainan setelah habis musim meuai) 'sampai tok ingat rumoh'.

Aku tahu ayah ada tetamu. Dan setelah aku duduk di bendul rumah, di tepi daun pintu depan, aku lihat seorang wanita separuh umur yang agak rendah dan comel tersenyum melihat aku (dan adik-beradik aku yang lain juga). Berbaju kurung juga bertudung dan punyai beberapa untai barang kemas, wajahnya kelihatan lain sekali.

"Ni kakok Ayoh. Gi salam gih...err..nga mok nuh..." kata ayah.

Hairan sungguh, aku memandang ayah dan mak dengan penuh kehairanan. aku ingatkan kakak ayah hanyalah Mak Teh dan Mak Ngah sahaja.

"Ni la adik-beradik ayoh yang sebenar nih" sambung mak. Mungkin mak faham apa yang ada dalam otak aku waktu itu. Walau pun aku tidaklah begitu faham apa maksudnya 'adik beradik sebenar' pada masa itu.

Itulah pertama kali aku bertemu dengan Mak untuk seumur hidup aku. Dan aku hanya bertemu kembali dengan Mak setelah aku sudah mula bekerja di ibu kota. Begitu lama dan panjang tempohnya.

Dan kami adik-beradik pun semacam beratur menunggu untuk bersalam dengan mak. Dalam otak kami hanya ingatkan duit sahaja, kerana biasanya orang-orang tua yang datang melawat akan memberi duit untuk anak-anak tuan rumah.

Cuma apa yang berlaku sebelum upacara 'memberi duit' itu amatlah memeranjatkan kami semua. Dan otak kami yang tengah fikirkan duit itu tidak pernah pula terfikir akan diperlakukan sedemikian rupa pula.

Nak tahu apa yang Mak buat?...
Setelah tangan dijabat, mak dengan bersungguh-sungguh memaut muka kami dan menggomol pipi-pipi kami dengan ciuman-ciuman kerinduan yang amat sangat. Aku terkejut melihat adik-adik aku digomol sebegitu rupa. Kalau adik aku yang masih kecil tu tak apalah ....
Kebetulan dua adik aku yang sudah besar - Rojak dan Rojie gilirannya sebelum aku, tengoklah mungkin yang besar-besar sikit mak tak cium kot. Saja aku sedapkan hati.

Malangnya kasih dan rindu mak tak mengenal kecil atau besar. Setelah melihat Rojak dan Rojie dicium mak sebegitu rupa, aku sudah redha... dalam minda anak kecil (budak sekolah rendah) masa itu, untuk duit lima ringgit apa salahnya relakan pipi dicium (digomol sebenarnya) mak saudara. Sebelum tibanya giliran aku, aku sapu pipi aku dengan hujung baju, walaupun aku tahu baju itu sebenarnya lebih kotor dari pipi aku sebenarnya. Saja nak elak gugup di dada.

Bila tangan mak dijabat, seperti yang dijangka, rindu mak yang bertahun-tahun terhadap anak saudaranya ini dilepaskan bersungguh-sungguh. Cuma apa yang aku ingat waktu itu hanya rasa geli-geli sahaja. Digenggamnya tangan aku kemas-kemas. Mata Mak bergenang air mata waktu itu. Sampai sekarang aku masih lagi ingat mata mak berair mata itu dan juga senyum mak ketika bersimpuh menunggu kami adik-beradik bersalam dengan Arwah Mak. Dan kini, itu semua akan menjadi kenang-kenangan yang sukar untuk aku lupakan.

Beberapa ketika selepas itu, Abang Ngah pulang dari 'berderat'. Abang aku ini memang akan menggunakan pintu hadapan. Tidak kisahlah datang dari mana - kotor atau tidak, dia tetap akan menggunakan pintu hadapan. Masuk sahaja rumah terus diarah ayah untuk bersalam dengan Mak. Abang Ngah yang sudah belia remaja waktu itu, juga tidak sangka akan dicium sebegitu rupa. Abang Ngah ketawa dengan kuat sekali sehingga kami yang lain turut ketawa juga. Dan Mak pula hanya tersenyum saja. Cuma kali ini senyumnya lebih lebar dan riang.

....

Kini mak sudah tiada...

Setelah semua urusan diselesaikan aku memecut ke Temerloh. Sudah tidak ada masa untuk fikir benda lain. Untuk cepat aku kira lebih elok masuk Lebuhraya Pantai Timur dari menggunakan Karak yang bengkang-bengkok itu.

Sampai di Temerloh hampir pukul 3.30 petang. Anak gemulah Mak -Abang Awi (juga abang ipar aku) menyambut kedatangan aku dan orang ramai. Orang-orang kampung sudah ramai datang. Anak-cucu yang jauh dan yang dekat juga sudah ramai berkumpul. Suasana suram menyelubungi suasana. Berbual-bual dengan Abang Li, terkesan nada sedih dari suara Abang Li. Cuma rasa sedih itu cuba disembunyikan. Abang Fauzi pula sibuk menguruskan kereta jenazah,dan kelengkapan-kelengkapan yang lain. Abang Mat pula tenang melayani tetamu yang hadir. Seorang anak Arwah Mak, Abang Hadi juga sudah pulang ke Rahmatullah. Hari itu aku berkesempatan bertemu dengan kesemua anak-anak arwah Abang Hadi.

Ayah, Mak, Abang Ngah dan adik aku yang bongsu dalam perjalanan dari Kelantan. Dijangka sampai selepas asar, malangnya kereta rosak di Jabor, Kemaman. Mujurlah kawan-kawan Abang Wi beserta dengan Idrus anak Abang Mat dan juga seorang anak arwah Abang Hadi yang bekerja di Kemaman dengan baik hatinya telah cuba membantu untuk mengambil ayah dan mak di Jabor. Pada mereka ini yang sudi menolong ayoh dan keluarga ambo, dengan rasa penuh ikhlas, ambo mengucapkan berbanyak-banyak terimo kasih.

Dengan pertolongan mereka ini, ayah sampai juga di Paya Jauh walaupun pada ketika ini jenazah sudah pun dalam perjalanan ke tanah perkuburan. Aku bertembung dengan ayah semasa ke kereta untuk bersama-sama ke tanah perkuburan. Tangan ayah aku sambut dan dalam cium terdengar suara ayah menahan sebak.

Aku mengajak ayah bersama-sama untuk ke tempat persemadian terakhir Arwah Mak. Tetapi disebabkan kereta aku agak jauh, ayah terus ke sana menaiki kereta sepupu aku. Ayah yang kelihatan tabah dan menahan tangis tadi, setelah di peluk cium oleh anak-anak saudaranya, air mata ayah akhirnya tumpah juga. Lebih-lebih lagi mengenangkan yang pergi itu adalah kakak ayah yang seorang itu saja -adik beradik sebenar.

Sayu hati aku melihat ayah mengepal-ngepal tanah liat di kuburan merah untuk diletakkan di liang lahad kakaknya. Khidmat terakhir seorang adik untuk kakaknya yang tercinta.
Kini ayah tinggal seorang saja, ayah anak yang bongsu. Abang dan kakak-kakak ayah yang lain sudah lama meninggalkan ayah.

Dalam diam hati aku berdetik, ditakdirkan Allah giliran mereka yang lain pula untuk meninggalkan kita dan dunia, bagaimana?

Cuma aku hanya mampu memanjatkan doa pada yang Maha Agung, berilah aku peluang untuk mengepal-ngepal tanah buat mereka juga - orang-orang yang amat aku sayang. Berbakti selagi hayat dikandung badan.

Setelah usai bacaan talkin, dalam perjalanan pulang, kelihatan mak dari jauh berpayung dari kehujanan. Aku, mak dan ayah terus pulang ke rumah Abang Wi, manakala yang lain pula terus ke rumah Abang Fauzi untuk mengalas perut setelah sehari suntuk menguruskan apa yang patut untuk upacara pengebumian Arwah Mak.

Malam itu hujan. Bagai turut menangis hiba mengiringi pemergian seorang insan yang kami sayang dan cinta.

Buat Arwah Mak, semoga Mak diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah buat Arwah Mak. Semoga tenang di sana.

Rozali.

Selasa, 22 Jun 2010

AMJAD FAZREY


Entri ni aku dedicate khas untuk kakak aku kat Temerloh.
Kak Yah, this is for you....

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA


.
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta Encik Isa bin Muhammad, semoga ayoh senantiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dan sihat wal afiat hendaknya.

Rabu, 16 Jun 2010

MALAM KELAM III

.
hujan sunyi
renyai dari suram hati
basah alis mutiara berkaca
l
u
r
u
h
menjadi rumput segar

ber
HIMPUN
menjadi tasik kasih

untuk memberi senyum pada bulan
di tepi bintang kelam
memberi ketawa pada mata
biar terlihat manisnya wajah bulan
hujung malam suram ini

Isnin, 14 Jun 2010

MAKAN GULAI DI TEMERLOH

Aku ke rumah kakak aku kat Temerloh, petang hari jumaat selepas balik dari office.
Tempat dituju?? nih...kat bawah ni....


Sebenarnya kenduri di Felda Lakum dekat dengan Lanchang tapi aku ke Temerloh dulu untuk konvoi ramai-ramai ke sana.


Di depan rumah kakak aku, sebelum bertolak ke Lakum.


Ni mak saudara aku, yang aku panggil dengan panggilan mak saja. Usia Mak sudah agak lanjut. Malah sudah mula lupa beberapa perkara. Moga-moga mak sentiasa sihat wal afiat hendaknya.


Kereta menunggu untuk ke Lakum.



Ni pelamin kat rumah pengantin kat Felda Lakum, rumah sepupu aku. Anak dia naik pelamin hari ahad lepas.






Gotong royong untuk masak kenduri

Rabu, 9 Jun 2010

JOLLY JUNI

.
BREM MALL

BUKIT AMPANG

FRIENDSHIP CELEBRATION @ PECAL LELE

WESTIN HOTEL

MULAN & MUSHU

JANDA BAIK