Selasa, 22 Jun 2010

AMJAD FAZREY


Entri ni aku dedicate khas untuk kakak aku kat Temerloh.
Kak Yah, this is for you....

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA


.
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta Encik Isa bin Muhammad, semoga ayoh senantiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dan sihat wal afiat hendaknya.

Rabu, 16 Jun 2010

MALAM KELAM III

.
hujan sunyi
renyai dari suram hati
basah alis mutiara berkaca
l
u
r
u
h
menjadi rumput segar

ber
HIMPUN
menjadi tasik kasih

untuk memberi senyum pada bulan
di tepi bintang kelam
memberi ketawa pada mata
biar terlihat manisnya wajah bulan
hujung malam suram ini

Isnin, 14 Jun 2010

MAKAN GULAI DI TEMERLOH

Aku ke rumah kakak aku kat Temerloh, petang hari jumaat selepas balik dari office.
Tempat dituju?? nih...kat bawah ni....


Sebenarnya kenduri di Felda Lakum dekat dengan Lanchang tapi aku ke Temerloh dulu untuk konvoi ramai-ramai ke sana.


Di depan rumah kakak aku, sebelum bertolak ke Lakum.


Ni mak saudara aku, yang aku panggil dengan panggilan mak saja. Usia Mak sudah agak lanjut. Malah sudah mula lupa beberapa perkara. Moga-moga mak sentiasa sihat wal afiat hendaknya.


Kereta menunggu untuk ke Lakum.



Ni pelamin kat rumah pengantin kat Felda Lakum, rumah sepupu aku. Anak dia naik pelamin hari ahad lepas.






Gotong royong untuk masak kenduri

Rabu, 9 Jun 2010

JOLLY JUNI

.
BREM MALL

BUKIT AMPANG

FRIENDSHIP CELEBRATION @ PECAL LELE

WESTIN HOTEL

MULAN & MUSHU

JANDA BAIK

KUIH KAPIT

Dua tiga hari ni aku gila makan kuih kapit. sampai tiga tong besar aku boleh habiskan dalam masa tiga minggu. Kalau kat Kelantan kuih kapit ni di gulung. ada juga yang dilipat tiga-tiga segi.


Kenapa aku suka ekk? Mungkin dia rangup kot. Aku suka makan benda-benda rangup nih...hehehe

Isnin, 7 Jun 2010

MARMARA BIRU YANG MERAH

.


Tiada apa yang biru
wahai telukku
kalau merah itu
menghambur deras dari hidung
tubuh lemah Rachel Corrie




tiada apa nan biru
ahoy lautku
jika darah itu
menjadi air merah mengalir lesu di bumi Gaza



sahabat Freedom Flotilla
ingin saja kupujuk
jangan berduka
biar
mata bergenang di tubir hiba
kuatlah semangat sekeras waja
untuk mereka di Tebing sana
(juga untuk hati seperti aku)
berikan pada dunia
kasih manusia untuk dikongsi diderma




Al-fatihah untuk sahabat bersembilan
gugur syahid di bumi Tel Aviv
sesungguhnya Tuhan itu Maha Besar
(Allahuakbar!)



.

Ahad, 6 Jun 2010

SABTU AHAD YANG PENAT...

.
SABTU
Lunch dengan Che Ni di Pantai Dalam. Best gak dapat makan masakan kampung nih...hehehe... tapi tersalah ambik hati pulak! ingatkan daging goreng.
Mujor Che Ni dengan bermurah hati sanggup bertukar lauk...hehehe.thanks Ni.





Dangau Anis Puteri Corner



Malamnya aku keluar melalak dengan Ka.y dan AMN. Kalau pegang mikrofon memang tak ingat dunia! Walau suara aku lebih sikit dari tahap suara cipan tapi apa aku pedulik??
Yang penting aku enjoiss!!! heheheh....esok nak pegi kenduri..tapi malamnya tidur lambat.boley ka bangun ni?



AHAD
Aku keluar kenduri, 2 tempat. Penat nak mamposs!!!!... Tapi dapat makan free laa...!
Kat Sentul kenduri lauk kampung -sedapppp!
Lepas tu pegi pulak ke Kampung Sungai Chinchin Gombak. Tersesat-sesat aku.








Lepas tu pegi pulak FRIM..huh...memang aku rasa nak pitam. Mujur jugak diorang selalu buat lawak-lawak bodoh...
boley gak gelak-gelak..hilang jugak mengantuk aku....


.

ROSLAN RAZALI

Rosie :
Geb memang panas kat kg u al ni. Malam ni ujan lebat u al. Aku dok tengok hujan ni sambil nangis sebab isnin nak gi kl dah. Tak tau la bila nak keja kat kelantan ni. Kadang-kadang fikir takdir tak adil. Ni dok kat rumah lama buruk sangat ni. Banyak sejarah umah ni. Tapi sejarah tak leh pusing balik kan. Em entahlah. Aku nak tulis dalam puisi pun tak leh sedih sangat kan.

Di ketika malam ini
mata memerhati ke belakang
jaringan besi-besi berkarat empat segi
ada air turun dari langit
bermesra bersama guruh

dan hati berfikir
inilah hujan negeriku
dibelakangnya
sepohon betik beramah si akar bunga kering
dan bersama menari-nari

hujan belum berhenti
di belakangnya juga
ada sebuah surau lama
masih sama-samar cahaya di dalamnya
ingin menyatakan dirinya
semakin hari semakin tua

di dalam hujan malam ini
kami masih di sini
di dalam seisi rumah berzaman
di dalam seisi tanah berbayaran
dan dua mata masih memandang keluaran
dalam hatinya
bila akan berkhidmat untuk anak watan

4 Jun 2010 11.32 mlm Tunjung Kota Bharu.


Geb:
Ley..memori memang buat kita hanyut dengan emosi. Yang penting kita terus bergerak ke hadapan.cheers.