Rabu, 13 Julai 2011

RADIO

.
Ada orang tanya aku, apa radio yang aku dengar masa dok drive kereta eh?


herrmmm…

sebenarnya aku jarang mendengar radio sebab aku lebih suka pasang CD. Tapi kadang-kadang aku dengar jugak lah radio sekali-sekala.

Okeh kali nih aku nak cerita pasal radio pulak. Kita cerita pasal radio yang bukan bahasa Inggeris dulu, lain kali aku cerita pula saluran yang bahasa pengantarnya menggunakan English pula.
Tapi entry ni semuanya base pada pengalaman aku sendirik jek…heheh… kalau tak best mintak maap banyak-banyak.

EraFM
Tahun 1998 atau 1999 aku memang peminat setia radio nih…even radio ni belum lagi dilancarkan lagi aku dah start dengar dah channel nih…masa ni aku masih bergelar pelajar dan dok kat rumah sewa kat Kerinchi. Dalam rumah tu kalau on jek radio memang akan sentiasa saluran nih…(kebetulan aku sorang jek ada radio dalam rumah sewa masa tu, sebelum Harry turut punyai satu lagi untuk diletakkan di biliknya)…iklan memang langsung tak ada masa tu…lagu memanjang…tu yang best tuh…

disebabkan radio ni jugaklah aku jadik suka tiga lagu ni:
1. Bawa Daku Pergi-Ning Baizura
2. Qias Fansuri-M Nasir
3. Satu lagu rancak yang Nora nyanyi tapi aku lupa lak tajuk lagunya…heheh…

yelaa, dah hari-hari dok pasang lagu ni berulang-ulang..hehehehe…

DJ pula sekali sekala jek bercakap hinggakan aku tak kenal DJ mana yang bertugas sebab suara diorang kedengaran sama jek…Yang pasti David Low akan sentiasa sebut nama kalau dia ke udara dan lebih lebih lagi kalau ada lagu Gersang, hah…memang sah David Low lah yang sedang on air tu…hahahaha….

Aku juga ingat Khairil (Krill), Najman, Jamal Jamaluddin dan juga Halil Othman. Ada lagi DJ-DJ lain, tapi aku tak ingat, minta maaf banyak-banyak ya.

Masa tu DJ perempuan tak ada lagi. Kendian-kendian baru ada Nadira Azizan...(aku rasa laa…heheh). Awal-awal dia jadik pembaca keadaan trafik dan ramalan kaji cuaca - kalo tak silap lerr…mintak maaf kalo silap ya Ann. Kudsia Kahar pun kekadang on air gak...Linda Onn pun masih belum masuk Era lagi masa tu.

Sekarang ni, aku dengar radio ni sebabnya :
1)ada Pak Nil (bersama Ray & Hanif) –‘Can I help You?’ kelakar gila beb!!!
2)dia punya frekuensi dekat ngan Xfm.

Tapi carta lagu dia pun best gak.

SuriaFM
sejujurnya aku hanya tahu kewujudan radio ini bila salah sorang DJ radio ERA (yang begitu banyak kontroversi tuh) telah ditukarkan ke sini. Sekali sekala aku dengar juga radio ni terutama masa nak cari channel2 lain yang pasang lagu-lagu sedap. Kalau Suria tengah pasang lagu sedap aku stop kejap kat radio nih. Tapi bila DJ dia start cakap jek, aku tukar channel lain….ntah lah…bukan tak best, tapi tak kena ngan selera aku kot.

SinarFM
aku selalu tertukar radio ni dengan suria. Selalunya aku dengar radio ni bila aku tumpang ex-housemate aku pergi ke tempat kerja (masa belum kahwin). Kadang-kadang terhibur jugak mendengar telatah SY, KE & Krill. Abang Jem dan Mak Neng memang buat aku gelak. Tapi masa ni je lah yang on radio nih, masa lain tak pernah try pula….heheh… nanti lah aku on malam-malam pula ke… ada cadangan tak slot2 lain kat radio ni yang boleh aku dengar?

HotFM
orang kata first impression tu penting. Herrmmm…aku rasa betul kot… kebetulan first time aku mendengar radio ni, deejaynya telah membuat lawak yang aku rasa kalaulah cipan boleh dengar dan paham lawak tu, cipan tu pun mesti akan mengeleng-ngelengkan kepala dia – teramatlah hampesss !!

Tapi…. aku rasa tak baiklah pula kalau aku berprasangka macam-macam - aku cuba pujuk hati dan cuba dengar lagi, mana tahu mungkin ada orang bagi feedback kat dia ke…aper ker…
malangnya…lawak sebegitu masih tetap ada….mungkin tu style dia buat lawak kot. Cuma kali ini bunyinya taklah begitu teruk sebab sudah ada deejay lain yang boleh dilawan bercakap...yang banyak cover untuk dia…

tapi the damage is already done and beyond repair lah. – menjadikan radio ini bukan pilihan aku….walaupun ada satu slot yang 100% pasang lagu-lagu Indonesia…tak dapek den nak nolong dah…sorry…

Tapi kawan-kawan aku yang lain ramai dengar radio ni (termasuk kawan baik aku yang dok kat utara sana). Orang lain pun aku rasa masih ramai dengar radio ni…heheh…So it is a matter of choice la kan….peace yo... =V=

Best 104
kalau time aku nak dengar tazkirah agama yang suaranya ala2 bergema dari dalam kubur, aku pasang radio nih…hehehe…gurau jek, sebenarnya isi yang nak disampaikan tu yang lebih penting, style gema2 tu sajek jek aku rasa….tazkirah dia mesti ada perkataan ‘ingatlah’ atau ‘barangsiapa’…macam dengar radio zaman-zaman dulu pulak rasanya.

Atau kalau mood nak dengar lagu-lagu keroncong atau melayu asli aku pasang gak radio nih…layannn.

Dengar malam-malam best gak untuk mengulit rasa mengantuk…z z z z z…

IKIM fm
IKIM fm menjadi pilihan aku untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci AL-Quran dan juga tazkirah dan kuliah-kuliah agama yang menenangkan.

Waktu pagi kalau jiwa tak tenteram, sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja aku akan on radio nih. Waktu maghrib jugak kadang-kadang aku on stesen ni.

Kadang-kadang terdengar jugak suara Nik (isteri Mahadi J Murat) kenalan semasa belajar dulu membaca berita. Sekali dulu, ada juga terjumpa dia semasa majlis perkahwinan Rosli Nordin (bekas wartawan RTM & pelakon iklan keropok mony), sempat juga kami bertegur sapa dan mengingat kembali kenangan-kenangan semasa di Kolej Kediaman, terutamanya semasa menyertai acara Manisfestasi Puisi anjuran universiti dulu….ingat lagi dia kat aku ya…heheh…

Xfm
stesen pilihan aku kalo aku on radio. Tak tau kenapa, mungkin sebab aku tak suka dengar DJ banyak cakap kot…radio ni kalau DJ dia bercakap pun macam kita dengar budak-budak tepi jalan borak…tak der control sangat – jadik lebih santai kot…
satu lagi –lagu-lagu yang dia pasang jarang benar lagu slow…aku tak berapa berehi lagu2 slow nih…

radio ni mendahului radio lain sebenarnya…kalau nak tahu lagu yang bakal jadi popular kat Malaysia, korang dengar stesen ni…lagu yang paling banyak diputarkan kat radio ni…mesti dua tiga bulan lagi akan kebaboom!! dan dengan rancaknya akan mula dimainkan pula kat stesen-stesen radio yang lain.

Radio ni macam jadik tempat test market diorang kot…hehehe.. time lagu tu dah hit dan sering berkumandang kat stesen radio lain, aku dah mula cari lagu baru yang lain yang radio ni mainkan…hehehe…

MuzikFM
aku dengar stesen ni zaman aku sekolah dulu-dulu. Masa tu radio ni masih dwi-bahasa. Sekarang dah tak dengar dah, tapi banyak memori radio ni sebab dengar time masih sekolah lagi kan…hehehe…

Klasik Nasional
Dulu radio ni adalah dua entiti yang berbeza, Radio Klasik dan Radio Nasional – digabungkan jadiklaa Klasik Nasional.

Aku akan on radio ni time perjalanan balik kampung terutama masa hari raya, dari KL sehinggalah kami menghampiri Negeri Kelantan. Lepas tu aku on channel negeri laa pulak. Mood lebih terasa kalau pasang radio nih…dengan lagu-lagu lama feel dia lain sikit…heheh…kalau ada lagu dari filem lama-lama lagi aku layannn….wife aku selalu cakap stesen ni untuk orang-orang tua (refer kat aku laa tuu…)…herrm betul gak..sebab masa aku study dulu pun, one of my best friend cakap aku ni ‘an old soul that trapped in a young body’ (umur 20 tahun masa tu)…sebab suka sangat lagu-lagu filem lama…hahaha…hampeh ko KaY.

Time pegi kenduri pun kadang-kadang aku pasang gak radio nih..saja nak ambik mood…heheh..

KelantanFM
pulang ke kampung sekali sekala, sampai jek sempadan Pahang-Kelantan, aku akan terus mencari radio nih…saja nak feel kelik kelate…nak dengar juga iklan-iklan yang dituturkan dalam dialek kelantan…
lepas tu boleh gelak-gelak dalam kereta - hilang jugak rasa mengantuk memandu 4-5 jam. (Ada 2-3 jam lagi nak sampai rumah…fuhh!)

Atau kalau sempat boleh juga dengar suara Kak Wan dalam AKOK (Apa Khabar Orang Kampung)-program ni banyak membantu aku untuk mencari vocab dialek kelantan yang ‘rare’ dan juga cara penggunaan yang betul dalam pertuturan sehari-hari.

Boleh juga aku dengar lagu-lagu dikir barat dan Hindustan yang sememangnya menjadi kegemaran orang-orang kelantan.

Tapi sampai jek kat Kota Bharu - kat rumah aku, ada dua lagi stesen yang menjadi pilihan - Manis FM dan THR Gegar Pantai Timur.

ManisFM
Radio pertama yang bukan kepunyaan RTM, yang berkumandang di ruang udara Negeri Kelantan. Aku pasang radio ni atas permintaan kawan-kawan atau adik-adik yang mahukan pilihan lagu-lagu yang berbeza dengan KelantanFM terutamanya semasa AKOK ke udara. Terkenal dengan suara-suara DJ perempuannya yang lemak merdu..heheh…

Tapi dah lama aku tak dengar radio ni. Kelik kampung pun, kawan-kawan lebih mahukan stesen radio yang lain. Aku ikut saja. ‘Ikuk anging demo lah…”

THR Gegar Pantai Timur
First time dengar radio ni masa aku makan kat restoran masakan Kelantan sekitar KL (Kg Baru atau Pantai Dalam). Tengah dok syok-syok makan tiba-tiba terdengar lagu-lagu yang pada kebiasaannya akan dimainkan kat radio-radio sebelah pantai timur. DJ nya juga banyak bercakap dengan orang-orang sebelah sana.

Bila tanya adik perempuan aku, dia kata “tu laa THR Gegar”…

”Owhhh”…

dan adik aku tengok aku semacam sambil cakap “tak pernah dengar ke?”

aku geleng kepala.

“femes laa radio nih” dia sambung lagi.

…dan seperti biasa aku akan angguk-anggukkan kepala saja kalau tak tahu nak kata apa…heheh…

Kalau aku balik kampung ketika bulan Ramadhan, semasa menunggu waktu berbuka, radio ini jugalah yang akan menjadi pilihan. Lebih senang untuk mendengar waktu berbuka dan laungan azan maghrib untuk kami cepat-cepat menuju ke dapur mengadap juadah berbuka.
Kat kampung aku bilal akan melaungkan azan lewat dalam lima enam minit, tak apalah… kami (dan seluruh kampung juga) faham, dia pun kena berbuka juga kan?
Well, kena ucap terima kasih kat THR Gegar nih… :p Arigato THR!

KLfm
Dulu-dulu kalau aku bertandang ke KL, stesen inilah yang akan menjadi pilihan. Sehinggakan kalau tak dengar suara Prema masa datang KL dulu memang rasa tak sah,tak lengkap trip tu. Maklumlah, bukan selalu datang ke ibu kota...heheh. DJ-DJ lelaki yang lain tu pun best gak, tak kurang hebatnya jugak…siap ada kelas belajar bahasa lagi…hehehe

Paling aku ingat, gelak Kak Prema. Itu pun dah boleh buat kita tersenyum…tu tak dengar celoteh dia lagi! Terima kasih Kak Prema ya kerana memberikan kenangan-kenangan yang manis untuk saya ingat dan menjadi memori yang boleh dikenang-kenang hingga akhir hayat.

Tapi sekarang aku dah tak dengar dah radio ni…bukan apa tapi tak berkesempatan….rindu juga pada suara Kak Prema. Masih kat sana lagi ke dia?

Yang penting lagu kat radio KL masa tu ada campur lagu macam-macam…agak berbeza dengan Radio Tiga Kota Bharu masa tu (sekarang KelantanFM laa..heheh)..

AsyikFM
Ada sorang DJ kat radio ni best gila, kalau tak silap nama dia Laila. Kalau boleh minta kawan-kawan untuk bantu saya betulkan kalau nama beliau tu salah ya…aku senyum jek sepanjang rancangan dia. Malangnya aku tak tahu pukul berapa dia ke udara. Kalau kebetulan terpasang dan ada dia, aku memang tak tukar radio lain hatta Xfm sekali pun.

Aku juga TERAMAT gemar dengan alunan lagu-lagu tradisional mereka (aku panggil lagu-lagu ni Irama Rimba-saja jek nak bagi nama khusus untuk lagu-lagu yang best nih…). Walau pun aku tak faham tapi suara yang bersahut-sahutan berselang-seli dengan hentakan batang-batang buluh memang best, kadang-kadang berdiri jugak bulu roma mendengar lagu-lagu ni – semacam mendengar bacaan mantera aku rasa.

Lagu-lagu lain dalam bahasa kebangsaan pun ada jugak. Tapi kalau time lagu ni aku tukar channel lainlah, habis lagu tu aku on balik AsyikFM…heheh…
.....


Itu jek kot. Ada lagi stesen lain eh?

Eh ada satu lagi. Radio THR!

THR
Asal-asalnya nama dia Time Highway Radio dan banyak berbicara dalam Bahasa Inggeris. Dia punya listeners pun target kat mereka yang tengah drive kat jalan-jalan dan lebuh raya.
Lama-lama dah jadi THR – lebih banyak slot berbahasa Melayu.

Masa ni ada Ritchie Rahman, Nasa dan beberapa orang lagi DJ yang popular. Gemulah Din Beramboi juga amat popular kat radio ni masa tu. Termasuk juga Isma Halil Hamzah yang begitu popular dengan tag line ‘you are my friend’ pada masa tu.Tak silap aku dia kat Radio Muzik dulu sebelum join THR, kalau tak silap akulah…heheh…
Tapi aku tak berapa follow radio nih. Aku banyak tahu radio ni dari kawan baik aku AMN.

Kemudian dia mix dengar rancangan-rancangan berbahasa Tamil pula. Ada juga slot Hindustan, yang amat-amat popular disebabkan demam Bollywood pada masa tu.
Ingat filem Kuch Kuch Hota Hai? Aku rasa filem nilah yang membawa fenomenon yang luar biasa kat Malaysia masa tu. Boleh dikatakan para peminat filem Bollywood akan senantiasa mendengar radio ni untuk update lagu-lagu dari filem hindustan.

Malangnya aku tak pernah pula menononton filem ni…nantilah satu hari nanti mesti aku tengok jugak ….hehehe…

Dan sekarang, aku difahamkan radio ni dah jadik THR Raaga - 100% radio berbahasa Tamil, pecahan-pecahannya jadik macam-macam dan salah satunya jadi THR Gegar Pantai Timur.


Okeh, itu jek kot. Kalo ada lagi aku tambah lain kali.

Salam.

Selasa, 12 Julai 2011

BERSIH

.
Petang Kuala Lumpur

langit itu terkoyak
menjadi burung-burung kecil dan ramai
pancawarna dan siul-siul kecil
terbang bersayap bertebar lebar

burung-burung
menongkah awan
simpang siur
menuju segala serata

itu bencana!
kata pembesar perkasa
bukan
itu bala
ujar menteri perdana
kita lawan jangan bagi muka
tingkah orang-orang muda

siap siaga
burung itu kita gempur

jangan!
lihat dulu itu burung
dengar dulu merdu siul
siapa tahu
itu bukan bala bencana
perlu jua dibagi muka

pak tani:
itu senjata
untuk pemakan umbut padi muda
kicaunya kami suka
tanda pagi turun menoreh
juga lauk percuma
untuk anak-anak kami
tika musim tengkujuh dan hujan menggila
janganlah tempur itu burung
mungkin mereka penyelamat
pohon padi perdu getah


orang bandar:
tunggu dulu
kami juga perlukan mereka
tiada mereka siapa penghibur hati kalau berduka?
nanti
kami hanya melihat mereka
di Taman Tasik Perdana sahaja

terkurung dan tersiksa
siapa yang mahu?
cubalah anda seperti itu

biarkan saja

burung itu dari langit
warna putih
itu tanda bersih

9 Julai 2011

Sabtu, 9 Julai 2011

WAKAF CHE YEH

buah pauh (dari siam)...

MAK YONG RAJA SINUN SAKTI

.
Aku pegi menonton Makyong minggu lepas, kat sini :

hermmm, best gak dapat tengok makyong sekali sekalo.

ni Penggesek Rebab. Alat muzik utama dalam persembahan Mak Yong.



Ni pulak posisi duduk para pelakon dalam makyong....nak start show nih...

nantilah aku masukkan lagi gambar-gambar lain....internet slow la plak...

Ahad, 6 Mac 2011

DI KALA REMBULAN BERMAIN BIOLA

.

Oh bidadari
Berulaskan syair oleh awan
Sang rembulan tidak putus menyeret tawa biola

Memujuk Bidadari
Agar tidak membilang lawan
Agar menghentikan getar-getar yang berkelana di ratusan jiwa

Si Bidadari (bidadariku)
Dan sang rembulan (rembulan)
Memujuk bidadariku
Agar tidak membilang lawannya.

Tidurlah bidadari agar kamu bermimpi si pujangga
Sehingga di pagi hari
Jangan lupakan kami yang bisa menemani
Hadirlah sebelum tika kala
Bawalah si pujangga bawalah dia bersama.

HUJAN BAND.

Ahad, 27 Februari 2011

SUMMARY...

.
MERISIK






MEMINANG





AKAD NIKAH




BERSANDING





MENYAMBUT MENANTU

AKU @ SEBERANG TEMERLOH

Aku pi Temerloh semalam ngan hari nih. Saja nak visit kakak dan abg ipar aku. Dah lama dah tak layan anak sedara yang sorang nih Amjad Fazrey


Pas tuh..aku pi laa Pasar Malam kat sana.Best gak dapat jumpa macam-macam.


durian belanda diapit pisang-pisang...



asam gelugor yang fresh...



Tempoyak Temerloh




Buah keranji, jering dan ikan kering




Kak Yah tengah membeli lada burung




dan membeli ayam...
(Kak Yah pakai baju batik mega mendung yang aku beli kat Yogyakarta ropa-ropanya...baru perasan..)




keropok gote (orang Terengganu panggil keropok lekor)...





Kuih-muih yang cantik...tapi aku tak tau nama....

Sabtu, 26 Februari 2011

SUNYI 3 BULAN

.
aku
sembunyi
dari
mata
dan
hati
untuk
memerhati

1 bulan
untuk memejam mata

1 bulan mencari cinta

dan
1 bulan mengeram butir kata-kata

juga belalangku perlukan rehat juga
untuk terus kami mengembara
di sini
di ruang alam maya ini
.

dan kini aku kembali...
secara sederhana dan rendah rasa

kubukakan kotak akal
dan tutup bicara

untuk kita kongsi
bersama rasa...

Jumaat, 25 Februari 2011