Ahad, 30 Mei 2010

PERTIWI FARMS, JANDA BAIK

.

Pukul sebelas, Adif telefon, "jom ke Janda Baik".

Aku : "FOC?

Adif: "yelaa..."

okeh,set. Kebetulan aku tidak buat apa-apa hari tu. So aku bertolak ke Taman Melati, jumpa Adif kat sana, nanti akan naik kereta dia saja untuk ke Janda Baik nanti.

So Janda Baik , here we come!!!


Sementara menunggu Ms Evans & friend, kami lepak-lepak makan goreng pisang dan cendol kat so called 'pekan janda baik'. Sebab dah tak dek apa nak buat, sambil borak-borak sambil tu jugak terumpat-umpat sapa-sapa yang terlintas kat kapla masa tuh...tak kira laa sapa-sapa, even auntie tua yang banyak songeh masa beli goreng pisang pun kami kutuk jugak...Sambil makan sambil ngumpat nih best!!! tak sedar, tinggal tiga ketul jek pisang goreng tuh sebelum sedar yang kami nak ambik gambar.



tersengih-sengih apek cina yang dok sebelah aku... siap pose bila aku nak ambik gambar.. :p



Sempat gak tengok eksiden abang motor yang mengelak dari dilanggar kereta (sayangnya tak sempat nak ambik gambar...errr sebenarnya takut kena pelangkung ngan abang moto tuh sebenarnya hahaha).
Yang bestnya dia kena gelak ramai-ramai lak...kesiannnn...hahaha (sebenarnya aku pun tumpang gelak gak... :p)
Tapi abang moto tu serius laa...sebab dia dah jatuh parit dah...tengah turun bukit plak tuh... kihkihkih ...mintak maap abang motor sebab jadik bahan gelak petang-petang hari.



Bestnya kalau hari-hari boley lepak macam nih... cool jek dok lepak kat pangkin nih.
Orang Kelantan panggil benda nih 'gere' dan selalunya dibuat daripada buluh.

Errkkk..teringat
kat kampung plakk dahh...!!!












sekadar gambar hiasan (tak tau sebab apa Adif suka sangat dengan gambar nih...)



Okeh...sebenarnya yang kat atas tuh intro jek...belum lagi masuk intipati janda baik yang baekk punya...!!! Lepas Ms Evans dah sampai kat Janda Baik maka kami pun berangkatlah ke tempat yang sebenar-benarnya yang hendak dituju. Kat mana??? Tunggu sat aku nak tido dulu. Tak larat dah dok nulis nih.

Khamis, 27 Mei 2010

CINTA TAK SAMPAI...

Kali ini aku ingin berkongsi satu cerita yang betul-betul berlaku dalam hidup aku (err...hidup kawan aku sebenarnya :). Pada aku kisah cinta mereka ini memang meruntun perasaan, lebih-lebih lagi kawan aku ini di antara yang rapat semasa aku menuntut di universiti dulu.

Kawan aku nama dia Dean. Dia ni memang warak orangnya. Belajar pun di fakulti yang ada kaitan dengan agama. Memang dia menjadi antara jejaka pujaan di kolej tempat aku menginap. Pendek kata kalau sebut nama dia, mesti semua orang kenal. Lebih-lebih lagi dia ni imam surau kolej kami. Bertambahlah tinggi saham dia di kaca mata para siswi...hehehe...

Macam mana kami boleh kenal dan jadik kawan ya? Hermm...kalau sapa-sapa kenal aku dan Dean secara personal mesti ramai tak percaya kami ni boleh 'masuk'. Dia alim dan aku pula suka pada aktviti-aktiviti kesenian (aktiviti lagho dia panggil hahaha...). mungkin kami ni satu negeri kot. Bolehlah kami speaking bahasa ibunda dengan senang sekali. Mungkin juga disebabkan umur kami yang agak sebaya berbanding dengan kawan-kawan yang lain - yang agak muda berbanding dengan kami. Mungkin itulah yang boleh kami masuk tu. Kampung kami pun tidak jauh sebenarnya. Kalau time raya boleh juga berziarah sambil-sambil makan ketupat dan nasi impit..heheh.

Dean aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej masa tu. Tapi aktiviti-aktiviti yang dia join lebih berbentuk kepada aktiviti kerohanian dan ilmiah . Berbeza dengan aku yang hanya join Festival Seni saja...hahahaha. (memang kawe salute ko demo Dean).

Melalui aktviti-aktiviti inilah Dean punyai peluang untuk lebih banyak bergaul dan bercakap/berbincang dengan para pelajar yang lain di kolej. Dan juga masa-masa inilah saja dia punyai masa agak panjang untuk berbicara dengan para siswi di kolej kami. Maklumlah pelajar agama, sementelah pula imam surau kolej, adab tertib kenalah jaga juga.

Ada juga aku (dan kawan-kawan yang lain) mengusik dia dengan mana-mana siswi yang dia borak-borak tu. "iskh ado jah kalu kawe kecek nga budok tino mano-mano".Itu ayat standard yang dia jawab. Kalau tak tahan dengan usikan kami dia akan diam jek, sambil berpura-pura membaca kitab bahasa Arab dia. Ada juga kadang-kadang tu, kalau dia diam, kami pasang lagu-lagu nasyid berkaitan dengan alam rumahtangga kuat-kuat. Dan kami pun akan start mengajuk perbualan dia dengan mana-mana siswi yang baru dia jumpa tu. Part ni memang tak boleh tahan, asyik tahan gelak jek.Hah...bila dia dah start senyum kami gelak ramai-ramai...hahahaha..

Usik-usikan kami tu mungkin agak melampau pada sestengah orang, kadang-kadang orang lelaki kalau bergurau memang boleh sampai ke tahap 'biru'...tu yang dia segan siket kot...hahaha. Tapi kalau ada kawan-kawan dia yang 'siqoh' ada bersama, memang kami tak berani nak bergurau pelik-pelik, nanti tak pasal-pasal kena syarahan free... Dean dah masak ngan perangai kami, dia dah tak peduli dah kalau nak bergurau-gurau bodoh ngan dia.

Dalam kita bergurau-gurau tu rupa-rupanya memang betul ada'buah'!!! Memang kawan-kawan dia akan tahu siapa siswi yang dia jumpa dan borak-borak sebab dia akan bagitau kawan-kawan dia, mungkin dia nak elak fitnah tu. Dan kami pula jenis tak kisah pun. Tak pula melihat siswi yang berborak dengan dia tu lain macam pula. Kami sudah faham, semua sudah besar panjang, sudah boleh fikir baik buruk.Masing-masing sudah mampu untuk berfikir pasal jodoh dan pertemuan. Jadi apa salahnya kalau berjumpa kan? asalkan mengikut lunas-lunas agama, tidak ada salahnya.

Cuma menjadi teka-teki kami, siapakah si dia yang berjaya mencurik hati Dean tu? Disebabkan kami tahu kesemua siswi yang dia jumpa - yang mungkin meminati dia dan juga dia yang meminati, maka keluarlah satu list nama! (hampeh...macam tak ada keje lain!). Setelah kami bergotong-royong meng shortlisted kan nama-nama budok pompuan tu... keluar la dua tiga nama. Dapat jek nama-nama ni, mula laa kami usik dia, kali ni dengan lebih galak lagi. Yang mampu dia buat hanya sengih macam kerang busuk jek...Lagi la kami usik dia! dah macam merelakan pula diri dia jadik bahan lawak kami pada masa tu hahaha....

Tapi aku perasan, setiap kali kami usik dia pasal kahwin, dia mesti akan mengulang satu ayat : "susoh nikoh nga oghe luar". Mungkin kawan-kawan lain tak perasan sebab ayat ni akan keluar di tengah-tengah kami dok excited dan gelak-gelak. Akhir-akhirnya kami tahu juga siapa yang dia minat tu (melalui pertolongan roommate dia yang berjanji tak akan bagitau orang lain!).
Hai Dean, tak sia-sia usik-usik kami tu...akhirnya menjadik juga ngko ngan ustadzah tu.

"Eh sapa cakap ngan ustadzah tu?" kata roommate dia satu hari tu bila kami borak ramai-ramai. Saja la tu nak cover yang dia pecahkan rahasia.. "orang lain laa..." sambung dia lagi.
HAH!... kalau bukan dengan ustadzah tu dengan sapa lagi???... saja kami buat-buat terkejut (sambil memandang muka roommate dia dengan penoh kehairanan?)
dan terkejut beruk kami semua bila roommate dia cakap nama budak pompuan tu.
Ni dah jadik kisah Hari Ini Dalam Sejarah dah ni...skandal besar nih...

Betul ke Dean? Tapi dia nafikan..."saja je tu... bergurau tu..." kata Dean.
Tapi kami tahu ni mesti cerita betul ni...

Sebenarnya dia ni boleh tahan jugak perahsianya, tertipu kami semua. Eeerrr...ustadzah tu macamana? dan seperti biasa jawapannya : "susoh nikoh nga oghe luar". Dan aku sebab dah tak larat lagi dengan jawapan tu (sebab aku pun satu negeri ngan dia), bila dah tak ada orang lain aku tanya dia, "bakpo tokleh nikoh nga oghe luar nyo? demo tu pun oghe jugok, samo jah nga oghe kelate"..

dia terdiam...muka dia nampak berubah sedikit. Tapi saja dia betulkan cermin mata dia sebab nak cover riak muka dia yang berubah tu...

aiseh..suspen pulak aku rasa bila lelaki nak start ber emo nih...

"Mok kawe... " dia terdiam lagi.

"Bakpo Dean nga mok demo?" aku dengan muka bodo tanya dia balik.

"Dio tok wi nikoh nga oghe luar" kata Dean sambil tersenyum kelat. Tahan sedih barangkali.

"Laaa...hok nok nikoh ke demo, bukenyo mok demo, try laa gayo(pujuk) mok demo tu" kata aku kat Dean.

"susoh Li. "
"Kawe banyok kali doh hampoke mok kawe. Dulu dio suruh jadi hafiz, kawe tok sir, macam-macam lagilah...tak po la nok wat guano...."
kali ni aku pula kehilangan kata-kata. Nak cakap lebih-lebih, macamlah aku terer sangat bab-bab ni.

Kami dua-dua terdiam...

"Tak po la kawe nok mandi dulu"
kata Dean sambil capai kain tuala dan sabun mandi. Memang kebetulan masa tu dah petang dah masuk waktu maghrib dah.

Eh jap...kalau tak jadik dengan ustadzah tu sebab lain negeri, yang budak perempuan yang sorang lagi tu, yang roommate dia baru bagitau tu macam mana pula? lagi jauh negeri dia aku rasa... tak sempat nak tanya dia dah blah pegi bilik air.

Perbualan kami terbantut di situ. Sejak hari tu aku dah jarang usik dia dengan ustadzah tu atau dengan mana-mana budak pompuan lain. Segan plak aku rasa nak cakap pasal couple-couple ni selepas dia ter emo hari tuh...

Akhirnya cerita pasal couple-couple tu terhenti kat situ saja, sehinggalah kami grad dan membawa haluan hidup masing-masing. Ada juga cerita-cerita yang aku dengar pasal Dean dengan budak pompuan tu dari kawan-kawan lain. Tapi aku dah tak ambik pot dah sebab aku dah jarang jumpa dia. Cuma kadang-kadang ada juga berhubung melalui telefon ataupun mukabuku. Lagipun dia dah kahwin dah sekarang, dan sudah pun punyai anak. Bahagia je aku tengok mereka...heheh.

Nak jadikan cerita, suatu hari, entah macam mana kami dapat bertemu dan boleh berbual panjang. Masing-masing keluar dengan cerita macam-macam, hinggalah kami 'ter' ingat balik pasal cerita budak pompuan lain negeri tu. Kali ini dia nampak lebih terbuka untuk berbicara pasal kehidupan kat U dulu. mungkin dah tua agaknya dan sudah pun berumahtangga hehehe...
Masa dia cerita tu memang ada nada sedih, tapi dia cuba sembunyikan...aku tau, cinta dia masa kat U dulu di halang oleh orang tua.

aku cuba mengorek cerita lama dari dia.
Betul ke dia dengan budak 'putih melepak' tu couple?

bersambung....

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

.
Selamat Hari Guru!

untuk:
guru-guru Sekolah Kebangsaan Tiong
guru-guru MRSM Pasir Tumboh
guru-guru MRSM Kuala Terengganu
guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

juga untuk semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik aku sehingga kini. Terima kasih cikgu.

Khamis, 13 Mei 2010

HARI IBU YANG LAMBAT.


.
aku keputusan internet ketika semua orang menyambut hari ibu.
Hari ni baru aku berkesempatan untuk update blog aku nih.

Buat Mak kat kampung, kita ucapkan selamat hari ibu. Harap-harap mak suka dengan hadiah hok kito wi tu.

Harap-harap Mak Cik Dah mok ambo ni sihat sihat dan ceria-ceria selalu.

Selamat Hari Ibu, Mok! I'll always love you...

Rozali.

Selasa, 4 Mei 2010

PANAS


panas!
kantor panas
di rumah pun panas
masa tidur malam-malam buta pun masih panas.

kenapa?
dunia sudah menjadi celaka?
atau aku yang banyak dosa?

dan
aku lihat
seorang Mata Hari
dari mata berbayang hati

muhasabah
dan lihat diri.