Khamis, 23 Oktober 2014

Catatan Facebook

lunch hari ni,on the way nak balik opis, sayu plak hati melihat seorang
bapa yang tengah menyuapkan nasi ke mulut anak lelakinya.
Duduk pula di birai dinding, di lorong gelap antara KFC dan Kompleks
Pertama.Nasinya kosong tanpa apa-apa lauk!!
Sambil menyuap terdengar juga si bapa bergumam - semacam memujuk anaknya untuk menikmati juga rezeki mereka hari tu...
Mula-mula ingatkan orang Rohingya...rupanya tidak...ada yang lalu lalang
terhenti langkah dan ada juga yang berpatah balik untuk
menjadi seorang yang dermawan, si anak bila disuruh bapanya barulah
mengambil duit yang dihulur...bapanya dengan penuh rendah diri
mengucapkan terima kasih...
Wajah bapa yang penuh kasih sayang dan riak muka anak yang polos itu
begitu melekat, terbayang-bayang sampai sekarang.
Dalam diam sahaya berdoa...


08/04/2014

SUDU SENO MENARI


dan dia pun terhenjut-henjut
berhenti
itulah
cara kami tidur malam tadi
terkekeh-kekeh
terjeluak hilai kami

21/02/2014
Sri Permaisuri K.L

SETELAH ADIF PULANG II


malam terang
riang ketilang
lele di ampang
sambal dan ulam-ulam
menjadi dingin dan hitam
adif telah pulang
hingga ke pangkal jalan
sri nilam hilang seorang teman


21/02/2014
Bandar Sri Permaisuri K.L

GERING

aku mahu melihat bintang
diam diam
sorang sorang
aku pingin merenung bulan
sorang sorang
tanpa gangguan

bayu mengelus pipi
mengusik juntai rambut
nol nihil nil
hujan malam
seperti teman
bingit dan ramai
non (nihil nil nol)
aaarghhhhhhhhh.....
kupintal pintal
rambut-rambutku
seluruh bulu-bulu romaku
menjadi sayap sayap hitam
kecil-kecil
bolehku terbang ke awan sedar
mencari jarum di jerami hati
wahai peri yang tertawa
ambillah sayapku
ganti putih kepakmu
yang bernanah merah
siang tadi tersadung dadaku
ada kau jumpa jarum penusuk jantungku?
dan dia tetap tertawa
membawa sayap dari jemalaku
seluruh tubuhku
pergi
nihil nol nil

05/06/2014
Bandar Sri Permaisuri K.L

Mamat Takbai

Masyarakat melayu Selatan Thai di Majalah3..teringat kat gemulah pak menakan,abg kpd ayah.
Kami tidak xsempat nengenali beliau,khabarnya meninggal ditembak soldadu.
Al-Fatihah buat almarhum ayahanda MamatTakbai.Dan salam aidiladha buat sepupu2 yg tidak pernah berjumpa.

06/10/2014

AYAH I

Garau suara ayah
menepuk lembut di bahu kiri
iseng malam dingin
buntang mata santak ke pagi
Benarlah
aku ini seorang pemimpi

Jln Esfahan K.L
11/10/2014

ERR...

huh lamanya tak update blog...


Isnin, 21 April 2014

INDAH

.
rindu pada malam
jemu pada diam
dan aku pun

Selasa, 1 April 2014

HADIAH HARI LAHIR YANG TERTANGGUH

1 APRIL

Sungguh.
Ini hadiah untuk aku yang betul-betul tertangguh. Dan diberi juga pada waktu yang tidak disangka-sangka.

Herrmm...

Sudah lama juga kami adik-beradik tidak berkumpul-kumpul selepas kenduri bekwoh Joe hujung bulan Januari tahun ni.

Baiklah...
Dengan berhujan sepanjang ke Putrajaya untuk menonton temasya belon panas semacam dibunuh pula dengan dingin rintik petang. Pun begitu kami sampai jua...bergelewat orang ramai dan kocoh kami mencari khemah buat berteduh, akhirnya kami duduk sambil berborak-borak bertanya khabar berita...

Jemu.

jalan-jalan cari makanan, akhirnya aku kenyang dengan kudap-kudapan sambil menanti teduh...

Wah ah...ingatkan semua menunggu limun 6.30 pagi, rupa-rupanya 6.30 bersenja baru acara dimulai...
Jamnya sekarang pukul 4.00 petang..

Kasihan adik bongsuku...dua hari mengidam melihat belon panas...tak apa dik...tahun depan ada lagi.
Kami terus ke Alamanda...jalan-jalan cuci mata...

Cadangnya makan malam saja di Kenny Rogers...aku pula pingin makan sup... maka kami berombongan lagi ke Pantai Dalam.

Ketemu Sup Pak Ayub Tip Top Meletup yang nombor 2 selepas yang Nombor 1 nya kena hadang gerai-gerai pasar malam.

Sambil hirup sup sambil nonton Kelantan lawan Terengganu - satu gol satu kena... hermmm...

usai makan, menuju ke kereta, aku dikejutkan dengan hadiah hari lahir yang tertangguh itu...
best jugak..heheh...ingatkan nak bagi tudung hajra sebab begnya dieja begitu...tapi isinya tentulah bukan yang itu...heheh...

TERIMA KASIH :
Jie di Melaka
Kak
Joe & Ili
Adik Aar
Ema-sepupu yang cadangkan tempat makan..
dan juga buat orang rumah saya juga...  :D

Selasa, 18 Februari 2014

KEPALA BAPAKMU


.
sangkut teratai celah gigi gergaji
aku kapak maha besar
bekam kepala bapakmu!

PAUH BUTUT

.
ada waktu
terkenang-kenang
merdu seruling malam
anak-anak kecil ini
bertamu rindu di laman nenda

lelap kami akan resah
dayusunyi mengulit telinga
ralit mata
kantuknya kami tahan
menunggu seru nyaring siul seruling

kata nenda
tidurlah
bunyi itu tidak ada apa-apa
pejamkan saja
nanti lenamu akan datang jua

aku tahu
dia peniup suling
tidak bernota
sendiri-sendiri
tiada berteman
dan 
laparnya diam
dahaganya senyum
atma sepi

langsung
dia berlagu irama malam
lirih beralun berbisik
pada desah gelisah tadi siang
derapnya menyisih
tepian rerumput pudar hijau
segar berembun
berkaca -kaca

langkah memecah hening
aspal berlaga sepatu tempang warna
bertingkah indah
menuju ke simpang tiga
seruling berselang gedik sepatu
memberi erti dendang sayu
pada bibir desir angin

wahai sang peniup lagu
masihkah kau dengan kayu seruling itu
walau aku sudah dewasa
sekali sekala
ingin benar mendengar nada sumbang kayu saktimu
biar aku dibawa semula
pulang merawat asyik di dada
hanyut dengan rindu
pada si dia kampung jauh di ucuk tara

mainkanlah saja aku satu lagu
agar sembuh redam di jiwa
biar segar segala maknika
moga reda debar gulana
nanti lega ringan rasa kepala
kena angin cerah kedua mata

aduhai
untuk penyair itu
aku berikan dia
setangkai hati besar nyali
kerna memberikan aku
lega tidur jendera malam
dan kenang-kenangan kasih
gemulah nenda berdua

selamat malam
sang peniup tanpa rupa