Ahad, 6 Jun 2010

ROSLAN RAZALI

Rosie :
Geb memang panas kat kg u al ni. Malam ni ujan lebat u al. Aku dok tengok hujan ni sambil nangis sebab isnin nak gi kl dah. Tak tau la bila nak keja kat kelantan ni. Kadang-kadang fikir takdir tak adil. Ni dok kat rumah lama buruk sangat ni. Banyak sejarah umah ni. Tapi sejarah tak leh pusing balik kan. Em entahlah. Aku nak tulis dalam puisi pun tak leh sedih sangat kan.

Di ketika malam ini
mata memerhati ke belakang
jaringan besi-besi berkarat empat segi
ada air turun dari langit
bermesra bersama guruh

dan hati berfikir
inilah hujan negeriku
dibelakangnya
sepohon betik beramah si akar bunga kering
dan bersama menari-nari

hujan belum berhenti
di belakangnya juga
ada sebuah surau lama
masih sama-samar cahaya di dalamnya
ingin menyatakan dirinya
semakin hari semakin tua

di dalam hujan malam ini
kami masih di sini
di dalam seisi rumah berzaman
di dalam seisi tanah berbayaran
dan dua mata masih memandang keluaran
dalam hatinya
bila akan berkhidmat untuk anak watan

4 Jun 2010 11.32 mlm Tunjung Kota Bharu.


Geb:
Ley..memori memang buat kita hanyut dengan emosi. Yang penting kita terus bergerak ke hadapan.cheers.



Tiada ulasan: