Rabu, 28 April 2010

RUMAH LAMA KAMPUNG BARU vs MAK YONG SINDO

.
Hujung minggu lepas aku menonton dua teater. Satu teater moden dan satu teater tradisional. Sebenarnya sudah lama juga aku enggak menonton mana-mana teater. Sibuk aku mengalahkan pak menteri :p

Okay...malam 24 haribulan aku ke Panggung Bandaraya menonton teater realis Rumah Lama Kampung Baru. Dan malam 25 haribulan aku ke Panggung Eksperimen ASWARA menonton teater tradisional Mak Yong yang bertajuk Sindo.

Dua-duanya aku suka. Orang lain tidak tahulah. Sebagai seorang yang tidak punyai apa-apa ilmu dalam bidang ini -bagi aku mereka ini hebat!
Kebetulan pula aku membawa rakan yang pertama kali menonton teater untuk seumur hidup dia. Dan dia juga amat menyukai persembahan-persembahan ini.

RUMAH LAMA KAMPUNG BARU

Aku menonton teater ini pada malam kedua. Dan kali kedua juga aku menonton pementasan arahan Marlenny Deenerwan (susahnya aku nak eja nama dia!-terpaksa tengok pamplet 2 3 kali).Kali pertama dulu Kuala Lumpur:Peluang, Impian, Harapan. Casting untuk teater ini juga bagus, terutamanya untuk watak Mak Raya tu. Real giler!

Aku sampai dalam jam 8.30 malam. Ingatkan ruang sudah penuh dengan penonton, tapi kami- aku dan teman masih boleh mendapatkan tempat duduk yang selesa untuk menonton malam tu. Aku perasan ramai penonton yang hadir bukan dari kalangan pelajar/budak sekolah. Bagus! tidak akan ada lagi nyenyak-nyenyak tidur atau ketawa yang berlebih-lebih. Bolehlah kami menonton dengan tenang.

Dan kami pun menunggulah pementasan bermula...

tapi tidak lama...panggung di buka dalam keadaan gelap gelita dan senyap sunyi untuk scene pencurik mengendap di rumah pengantin baru. Rasa lama sket..selalunya teater-teater akan di buka dengan scene-scene yang spectacular, untuk menarik perhatian para penonton.tapi pengarah teater ini memilih untuk bermukadimah secara sunyi dan kelam. Mungkin untuk menaikkan mood untuk scene yang chaotic yang terjerit-jerit kemudiannya. To some extend aku rasa bagus juga, sebab pada masa inilah mata aku ( dan mata penonton yang lain juga aku rasa) meliar untuk melihat keseluruhan ruang pentas yang bakal digunakan dan juga batang tubuh para pemeran pada malam itu. Satu entri ke panggung yang agak baik.

Namun aku rasa kalaulah tiada dialog-dialog adlib dari Mak Raya selepas scene terjerit-jerit ini, mood senyapkelam-bising-tenang ini, mungkin agak janggal juga. Tapi itu perkara kecil saja, sebab dialog-dialog yang diujarkan selepas itu banyak membantu melancarkan pementasan. Kalaulah pencahayaan banyak membantu ketika scene nih, mesti best lagi. Tapi aku tak kisah pun, asalkan kawan aku suka....hehehe.

Kami enjoy sepanjang pementasan teater ini. Memang bagus sekali. Sesuai benar untuk kami ini yang hanya mahu bersantai-santai menikmati malam minggu. Tapi sesekali ada juga dialog yang menyengat. Dialog Mak Raya pada akhir cerita memang mengena batang hidung sendiri.Bagi aku, itulah nikmat menonton teater - dalam berhibur, kadang-kadang boleh juga menjadi reminder/muhasabah untuk diri sendiri.

Namun kalaulah lampunya dijaga dengan lebih teliti. Teater ini akan menjadi lebih hebat lagi. Begitu juga dengan kesan audio yang digunakan untuk teater ini.

Ahh...apa-apalah. Yang penting teater ni best! hehehe...hidup Mak Raya dan Pak Guard juga!! hahahaha...

dan yang pasti semasa curtain call, cik pengarah teater ini dengan malu-malunya naik ke pentas untuk memberikan tunduk hormat. Jangan begitu Cik Pengarah, dengan baju merah menyala-nyala, anda begitu menyengat malam itu! Terima kasih untuk teater ini. Nanti saya datang lagi untuk yang lain pula :p


MAK YONG SINDO.


Ini, aku menonton keesokan malamnya di Panggung Eksperimen ASWARA. Kali ini persembahannya berbayar. Tapi tidak apa. Demi mendengar gesek rebab dan lawak peran, aku sanggup bayar! Sudah lama juga aku tidak menonton Mak Yong. Kali terakhir aku layan Mak Yong masa kat Universiti Malaya dulu, masa tu pengarah teater Rumah Lama Kampung Baru itulah yang menjadi Pak Yongnya.

Memang tiap kali aku mendengar gesekan rebab dan lagu-lagu yang dinyanyikan ini akan membuatkan bulu roma aku meremang. Orang kata ada 'angin'...tak tau laa...hahaha..

Lawak peran banyak menghiburkan kami. Tetapi ada juga kami tertawa disebabkan dialek Kelantan yang diujarkan oleh mereka yang tidak begitu fasih itu - membuatkan ia kedengaran begitu lucu sekali. Aku rasa tarian mereka kali ini agak laju sedikit -mungkin ada batasan masa yang terpaksa mereka ikut.

Hah,penonton kali ini ramai di kalangan pelajar! mungkin mereka yang telah membuat persembahan pada malam pertama dan kedua sebelum ini. Harap-harap mereka ini tidak mengganggu ambience menonton aku pada malam ini. dan syukur, mereka ini faham apa itu disiplin menonton live show -nama lagi penuntut ASWARA kan! hehehe... Ranggi-ranggi semuanya.

Kelihatan juga Balkhis - kenalan semasa di U dulu, kini dah jadi pensyarah mereka yang mementaskan mak yong ini. Ada Rosminah Tahir dan Rohani Eusoff juga.

Bagus! aku enjoy...aku difahamkan pementasan ini untuk projek tahun akhir mereka -jadi mestilah ada juga kekurangan sana-sini. Tapi itu semua itu boleh dimaafkan. Puas hati dapat menonton Mak Yong (walau masa pulang tersalah ambik jalan sampai ke Hentian Putra!).

Tiada ulasan: