Ahad, 18 April 2010

KEMBARA KE PULAU JAWA Part I.

Sudah lama aku memasang impian ke Pulau Jawa.
Barangkali terkesan dengan cerita-cerita kehebatan Jaka Sembung dan filem-filem purba yang lain, juga dari cerita-cerita dongeng yang aku baca semasa kecil-kecil dulu membuatkan aku begitu teruja dan ternanti-nanti bila agaknya aku boleh berjalan-jalan ke tanah seberang. Lebih-lebih dengan adanya kisah cinta Raden Inu Kertapati dan Raden Galoh Cendera Kirana yang mejadi teks kajian semasa di Tingkatan Enam dulu-dulu. Ingin sekali aku menjejakkan kaki aku ke sana.

Peluang itu datang apabila sahabat aku Nazir, beria-ia mengajak aku melancong ke luar negara pada tahun itu. Janjinya akan mengajak kawan lain juga untuk sama-sama menyertai kami nanti. Aku bersetuju, tapi dengan syarat kami kena melancong secara backpacking dan tidak mengharapkan pelancongan yang mewah-mewah. Maklumlah duit bukannya banyak untuk berlibur-libur seperti ini. Dia setuju. Dan aku tanpa banyak soal juga setuju.

Maka kami tetapkan tarikh - somewhere in 2008 (lupa pulak tarikh...heheheh).



Aku juga tetapkan yang kami mesti sekurang-kurangnya melawati 3 bandar utama di Tanah Jawa – Jakarta, Bandung, Yogyakarta dan kalau sempat kami langsung ke Surabaya. Dan sekali lagi sahabatku ini bersetuju. Terpaksalah dia berkira-kira tempoh yang patut kami ke sana kerana dia juga harus melihat jadual kerjanya juga. Urusan tiket juga nanti dia akan uruskan. Thanks Zerr.

Beberapa hari sebelum berangkat ke sana kami berjumpa di KFC dekat dengan Universiti Malaya. Konon-kononnya nak bincang tempat-tempat yang boleh kami lawati bila ke sana nanti. Tapi hasilnya- nil! Mujur juga Nazir ada beli buku, boleh juga belek-belek dan melihat info pasal Indonesia.

Tengah dok asyik makan ayam, berjumpa pula dengan Ramzi, kawan lama semasa di Universiti. Kami kenal dulu dalam tahun 1997 semasa di kelas Encik Diani Kasian – Asas Teater Moden. Dulu dia orang kuat teater UM. Dan kini dia masih lagi di UM dan sudah menjadi pegawai kebudayaan di Pusat Kebudayaan. Isterinya juga aku kenal, Dorothy Jonathan Linggang. Nama dia panjang tapi aku panggil dia Dot saja. Bahagia mereka dengan dua orang cahaya mata. Anak pula comel-comel belaka, al maklumlah anak kacukan. Kami bertukar-tukar cerita dan juga kenangan-kenangan lama. Sebenarnya dia sekeluarga sudah mahu pulang ketika itu dan kami bertukar-tukar nombor telefon sebelum mengucapkan selamat jalan. Dan selepas mereka pergi aku sambung makan ayam dan Nazir pula terus menyambung membelek-belek pamplet pelancongan yang dia dapat masa MATTA tahun tu.

Okay, lupa pulak, sorang lagi kawan aku akan turut sama ke Pulau Jawa –Borr. Dia kerja di Ipoh dan kami hanya akan berjumpa di LCCT nanti. Sudah lama juga aku tak jumpa dia. Last jumpa masa kat ASTAR. Lepas grad masing-masing bawa haluan sendirik. Nantilah kami akan jumpa juga nanti di LCCT.

Hari yang di tunggu sudah tiba!



Pertama kali aku ke LCCT. Kami ke rumah abang Nazir sebelum dia tolong hantar kami ke LCCT. Pertama kali juga aku menaiki penerbangan di sini.



Tengah dok lepak tunggu flight setelah selesai menukar RM ke rupiah,

tiba-tiba pulak terlihat Noorul, officemate aku, tergesa-gesa dia masuk ke kawasan check tiket. Rupa-rupanya dia tengah cari boyfriend dia Joe yang mahu balik Sarawak. Kami bertegur sapa juga tapi tidak lama. Terkocoh-kocoh dia dengan lenggang mak limah dia tercari-cari kelibat teman lelakinya tu.

Aku lunch dengan McFlurry. Itu jek makanan yang paling dekat dengan tempat aku lepak masa tu. Malas nak pergi jauh-jauh. Makan sambil bersila di tepi patung Ronald Mcdonald tu. Tak lapar sangat pun. Pagi tadi dah breakfast roti canai kat kedai dekat rumah abang Nazir

Lama sungguh rasanya aku menanti flight. Aku betul-betul hampir terlelap bila Nazerr dengan bersemangatnya menepuk bahu aku dan cakap yang flight kami dah boleh check in dah. Dah selepas itu aku juga dengan bersemangatnya berlari-lari anak mengejar mereka yang sudah jauh ke depan menuju ke balai berlepas.

Sampai kat balai berlepas, kena menunggu flight lagi!….hermmm… Penat woo… berjanggut aku.

Masuk ke perut kapal, kami disambut dengan senyum manis wanita-wanita Indonesia yang blonde rambutnya dan perang matanya. Penat aku tadi dah melayang macam tu jek. Rasa bersalah pula kalau aku tak balas senyum tu…heheh… so aku senyum balik laa… tak perasan yang semua orang berebut-rebut untuk mencari tempat duduk. Eh… bukan ke nanti semua akan dapat tempat duduk? Borr dengan suaranya yang macho sambil menolak beg sandang aku berkata “cepat sikit nanti dapat tempat duduk tak best!!” aku rasa macam nak tengok teater pulak…hahaha…ikut saja ler. Just follow the flow babe.

Setelah semua kembali tenang dan aircond kapal sudah mula terpasang baru aku perasan ramai sungguh wanita-wanita Indonesia yang ada bersama-sama dengan kami. Cuma boraknya saja kami tak faham dan suaranya kuat pula. Tak apalah, nak balik kampung. Semua orang berhak untuk happy dan rasa bahagiakan?
Ada juga orang Malaysia yang mungkin bawa family melancong ke sana.

Nah…sekarang kami sudah on the way ke Jakarta. 3 jam, tapi 20 minit pertama Nazir dan Borr sudah hampir terlelap. Aku masih asyik memerhati wanita-wanita Indonesia ini. Mata tak mengantuk lagi.Terhibur juga melihat telatah mereka. Kadang-kadang aku lihat-lihat juga menu-menu dan online shopping catalogue yag terselit di depan seat aku. Naik jemu aku tengok balik perempuan-perempuan Indonesia tu. Tapi akhir-akhirnya aku mengantuk juga.

Tetapi kenapa ya kalau hampir-hampir aku terlelap jek mesti tak jadik. Kali ni bila aku nak pejamkan mata jek, berkumandanglah suara lemak merdu menyuruh kita pasang sabuk pengaman sebab flight dah nak landing dah. Wanita-wanita Indonesia itu pula semakin excited jadinya. Orang dok sibuk pasang safety belt, dia pulak sibuk dok panggil kawan-kawannya di hujung sana. Sampai flight attendant pun dia tegur sekali.

Sampai di Cangkerang, kami di sambut dengan tulisan ‘Soekarno-Hatta’ yang sebelum ini aku hanya boleh melihatnya melalui filem-filem melayu saja. Kali ini hati aku berbisik “ perjalanan akan bermula”….

bersambung...

Tiada ulasan: