Selasa, 29 September 2015

REUNION MRSM PASIR TUMBOH SRP 1992



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lamanya aku dok diam…tak tulis apapa kat sini.
Okeh..
Entry kali ni aku nak cerita pasal reunion kawan-kawan Form 3 aku.

Kini tiba pulak turn nak try buat untuk kawan-kawan Form 3 aku pulak. Rasanya okay kot kalau aku nak try buat reunion Form 3 MRSM Pasir Tumboh untuk tahun ni…heheh…

Mereka semua sebenarnya dah beberapa kali dah buat a get together nih tapi malangnya aku tidak dapat hadirkan diri. 
So untuk menebus balik rasa bersalah dan menyesal sebab tak join, aku try laa pulak incharge reunion tahun nih…lebih-lebih lagi ada pula dari mereka ni  yang sudi hadirkan diri masa aku kahwin lima tahun lepas… Kalau dari area dekat2 sekitar Kota Bharu takpa…tapi mereka datang jauh wo, dari Bachok, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Machang…gila!!! Unsangkarable betull… tok seko sungguh ado saim2 masih ingat ko ambo.
Terima kasih Solah, Husin Tanah Meroh, UstadLie, SeleyCicok, Afzae & Awie

Tu yang membuat aku lebih berkobar-kobar nak jumpa rakan-rakan lama ni semua…ada yang tak jumpa 23 tahun beb…fuhh…


Okeh back to the topic: REUNION MRSM PASIR TUMBOH SRP 1992.


Isu Pertama kena settle: TARIKH
Kebetulan hari raya haji tahun ni jatuh time cuti sekolah…so aku pikir elok sangat laa buat time ni..
Aku pilih raya haji ketiga memandangkan mungkin akan banyak kawan2 yang akan mengadakan ibadah korban pada hari raya pertama dan kedua. Raya ketiga kurang sikit kot. Harinya pun hari Sabtu. Elok sangatlah buat hari nih… 
So tarikh yang aku pilih ialah 26/9/2015.

Hermm…
Malangnya aku terlupa yang kawan2 dari Johor, Terengganu dan Kedah hari sabtu tu sudah kena bertolak pulang ke negeri masing-masing disebabkan hari ahad anak-anak sudah mula bersekolah dan pejabat pun sudah mula dibuka. 
Dan ramai juga rakan-rakan yang lain turut bertolak keluar dari Kelantan hari tu untuk mengelak jalan jam.
Pikir punya pikir…apakan daya…aku rasa  reunion kali ni mesti kena buat juga (I have my own reason to do this).
Minta maaf pada saim sobat yang tidak dapat hadirkan diri disebabkan hal ni. 
Mintak maaf banyok2 deh… Insya Allah ada rezeki kita juppo pulok lepas-lepas ni deh..

So tarikh settle… 
Aku pilih waktu lunch sebab bagi masa 2-3 jam untuk mereka yang jauh untuk turut sama hadirkan diri  pada hari tu…nanti rushing..kensel plak nak mari.
Asalnya aku set pukul 12 tengahari…
Tapi CMoh hantar message kat FB cadangkan buat pukul 11 pagi.
Dia kata nanti boleh laa sapa2 yang rumah dekat2 boleh kelik solat Lohor kat rumah. 

Orait. No problem…kalau nak solat kat situ pun senang.
Surau banyak.
Masjid tempat kami solat jumaat 23 tahun lepas pun masih ada kat situ…hehehe..

takpa…
Pukul 11 dan 12 taklah beza sangat pun. Ambo lagi suka pukul 11 juga sebenarnya…
So tarikh settle..masa pun settle..


Err.. nak makan kat mana???

Isu Kedua kena settle: Tempat Meet Up.
Disebabkan kami bersekolah di Pasir Tumboh, aku try laa nak buat kat area-area tu.
Ada nostalgia sikit bila sebut….hehehe…nak lari dari jam Bandar Kota Bharu juga sebenarnya.

Tiba-tiba aku teringat kat situ ada Restoran Sate yang agak terkenal di Kelantan. So aku setkan tempat tu untuk Re-U
Kebetulan adik bongsu aku ada pulang ke kampung untuk persediaan pertunangan dia.
Aku suruh dia pi survey and tanya takut-takut restoran tu belum buka lagi raya ketiga tu nanti. 
Tapi malangnya adik aku inform restoran tu dah tutup..

peluh pela meta nak cari tempat lain…

Try tanya restoran kuali gelegok.
Bukak pukul 3 plakk.
Takdek rezeki nak makan kat situ.
Restoran2 yang lain pun banyak yang tutup.

Aku cuba tanya sang isteri sebab kampung dia dekat2 area Pasir Tumboh juga.
Dia cakap ada KFC.
Hermm …sesuai ke dengan kami di usia-usia sebegini? Tapi ada pilihan lain ke?

Tak apa.. aku decided buat kat KFC jugaklah..

Sebabnya :
satu ada aircond
 dua ada tempat budak2 main
tiga takyah nak book dan reserve tempat
empat duduk laa lama mana pun takdek org kisah
lima semua orang makan ayam
enam semua org tahu KFC,senang nak cari

Okeh…settled tempat makan dan menu

So butiran Re-U sekolah aku hari tu adalah seperti berikut:

Majlis Perjumpaan MRSM Pasir Tumboh SRP 2992
Tarikh : 26 September 2015
Masa : 11.00 pagi –
Tempat : KFC Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Next!!…Jemputan pulakkk…


Isu Ketiga kena settle: Jemputan/Invitation.
Apa lagi guna jelaa sepenuhnya kemudahan social media yang ada

Aku jemput guna whatsapp dan telegram.
Aku juga create event kat FB
Sapa-sapa yang tak ada whatsapp dan telegram boleh baca dalam FB.
Aku juga minta pertolongan dari Dr Semey, Wong & Bell untuk sama2 war-warkan re-U kami..
Terima kasih banyak ambo ucapkan pada mereka ini yang sudi membantu.

Zol juga banyak memberi buah fikiran untuk gathering nih.

Isu kehadiran memang agak tricky dalam mana-mana reunion especially yang tidak melibatkan pengumpulan dana terlebih dahulu.
Agak sukar untuk mengagak berapa orang yang akan hadir pada hari tersebut.
Re-U yang aku buat ni pun tidak terkecuali juga… a big puzzle siapa yang akan datang especially kalau jawapan yang di terima tu ‘Insya Allah’…

Tapi aku percaya jemputan yang ikhlas diikuti dengan usaha follow up yang bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Kita tawakal sahaja lepas semua usaha-usaha tu dibuat.


Isu keempat kena settle: Tentatif program
Aku tak terfikir sebenarnya sehingga Cikgu Za bertanya di Whatsapp.
Secara berseloroh aku reply :

11.00am
Sesi ta’aruf (sila sebut dengan idgham dan dengung yang betul) oleh UstadLie Ayer Lanas.
11.30am
Sesi ngatoh aye.
11.45am
Acara permainan cak klepik klepu klepa diketuai oleh Cikgu Za Pasir Puteh.
12.00noon
Acara selingan nyanyian tiktok hujan dah turun oleh Abg Din Melor.
12.30pm
Acara bebas.
1.00pm
Juga acara bebas sebab Che Ley tok kelik kampung. Kalu dok bules dengar lagu Spring.
1.30pm
Doa selamat oleh Dr Aza beserta sesi cek nadi tange oleh beliau.
2.00pm
Bersurai.

Cikgu Za sudah gedebar sebab kena incharge game cak klepik klepu klepa sehingga private message aku tanya nak buat apa sebenarnya…hahaha…

Tak ada plan pun.
Jumpa dan borak2 sahaja.
Tentative tu nanti kita buat yang lainlah untuk reunion yang lebih proper.

HARI KEJADIAN :

Pukul 9 aku dah siap siaga untuk re-U. 
Kebetulan wife aku pun ada re-U jugak dengan geng2 sekolah rendah dia, hari yang sama dan tempat yang sama pulak tu.
Tak plan ngan dia pun, yang incajnya kawan dia…hehehe…

Tup-tup dapat whatsapp & telegram dari UstadLie Ayer Lanas yang tayar keretanya pecah.
Kesian dia.
Nampaknya tak ada rezeki untuk bersua muka dengan UstadLie raya haji kali ni.
Insya Allah kita jupo di KL Ustad deh…

Drive dari rumah wife aku dalam 5 minit jek sampai situ.
Tapi kami pegi separately.
Sebab aku nak pi bank kat kubang kerian dulu..dia kawan datang ambik…

Pukul 10.30 aku sampai kat KFC. Terpaksa jadi cameraman kejap untuk reunion wife aku.

Dada tak henti berdebar…siapa yang akan datang…?

Aku tercari-cari meja/space yang boleh digunakan untuk majlis tu nanti.
Sambil kepala tak henti-henti ke kiri kanan mencari-cari takut-takut ada dah yang sampai awal.

Aku jumpa satu section yang di tutup kat KFC tu, aku minta ngan manager dia nak guna. 
Dia cakap no hal, so jadik laa aku kru KFC kejap-  angkat2 meja dan susun2 kerusi untuk gathering tu.
Mujur aku tak sapu lantai jek sebab segan plak ngan geng wife aku yang dok meja depan.

Pre-order aku ambik dulu satu barrel ayam sementara menunggu-nunggu…

Tepat-tepat 11.00 pagi Cikgu Jemi Sabri masuk dalam KFC,.
Lagaknya macam nak pi beli ayam kat kaunter. 
Cepat-cepat aku tegur…tanya khabar…dan..errr …ada ke aku gi tanya datang reunion ke nih?
Ho la!! 
Jawap dia

fuhhh lega…
sebab aku ingat dia tinggal dekat-dekat situ dan kebetulan hari tu masuk KFC nak beli ayam.
Aku takut dia hanya terserempak ngan aku jek kat situ…hahaha….

Cikgu Jemi datang dari Jeli. Terima kasih sebab sudi mari. Ba (schoolmate juga) berkirim salam, tak dapat datang. Cikgu Jemi dan Ba selalu berhubung.

Dalam 10 minit Saha datang. 
Aku tak perasan sebab dia masuk ikut pintu lain. 
Homeroom mate aku nih-Homeroom Jujur under Cikgu Abu Zaki. 
Saha datang dari Selising, Pasir Puteh. 
Dia tak banyak berubah. Cara bercakapnya pun masih sama. 
Sekarang ni bekerja kat Penang. 
Kali terakhir aku jumpa ngan dia 23 tahun lepas…lama gila… 

Maka berborak-borak lah kami bertiga sambil menunggu yang lain datang. Ambik gambar satu dua keping.

Sempat jugak aku update telegram ketibaan mereka berdua kat re-U nih.
Tapi kendian2 bila dah ramai lepas tu dah tak sempat pun nak tgk telefon…hahaha…

Dr Aza sampai selepas menempuh jalan jam di Parit. 
Aku agak dia bertolak dari Salor-kampung dia kat situ. 
Tak sempat borak panjang sebab aku dah mula pening ngan whatsapp dan telegram. 
As usual tengok muka Aza hati mesti tenang. 
Senyum tak putus-putus
Aku rasa kalau patient tengok muka dia pun dari sakit terus jadi sia kot.
Aza bawa askar dua orang…heheh…   
Dengan Aza last jumpa time balik ambik result SPM kat MRSM Kuala Terengganu tahun 1995 kot.
Tapi jumpanya di Kota Bharu. 
Err…result SPM aku taklah cantik sangat time tu, terus dia suruh aku muhasabah diri… terkesima aku 

…hahahaha… 

Sekarang Aza dah jadi pakar bius di sebuah hospital di salah satu jajahan di Kelantan.

Tak lama lepas tu Cikgu Liki datang.
penampilan dah berubah dah saim ambo sorang nih.
Bila la ambo nak jadi seperti dia.
Cikgu Liki juga masih seperti dulu juga – bercakap sambil tersenyum…satu kebolehan yang rare especially untuk diri aku lakukan.

…hahahahaha… 

Cikgu Liki mari dari Pasir Mas walaupun dia orang Kuala Krai. 
Berborak dengan Cikgu Liki tidak ada yang menjemukan. 
Sambil berkongsi pengalaman mengajar di pedalaman Pahang, sambil itulah juga tangannya akan bergerak-gerak mengajuk apa yang diujarkan semasa bercerita.
Memang itulah gayanya kalau bercerita sejak dari zaman-zaman sekolah lagi.

…adus…tiba-tiba aku teringat time kami di Form 4 form 5 dulu di KT… nostalgia gilerr…

Time kami (aku, Cikgu Jemi, Saha, Dr Aza & Cikgu Liki) pose nak ambik gambar…tiba-tiba masuk Riza a.k.a Takara San – apa lagi,  terus ajak dia ambik gambar sekali. 
Riza datang ngan family dia, on the way nak balik Melaka. 
Orang Pasir Mas ni dan terer gila melukis!!! Namanya pun dah art lecturer kan..heheh…
Dia mengajar di Kolej kat Seremban. 
Seorang Wings Fanatics dan penggemar komik-komik Jepun. 
Ada dia jadi riuh sikit KFC tu… jenuh dia keliling tempat tu sambil tak putus-putus borak ngan yang lain.

Gambar-gambar masa kami reunion ni dia laa yang banyak ambiknya. 
Owh..terima kasih juga untuk Puan Isteri sebab dia juga tolong ambik gambar reunion ni. 
Terima kasih Riza & isteri.
Terima kasih juga sebab sudi mari walau terpaksa berkorban sedikit masa perjalanan pulang balik ke Melaka.

Tak lama kemudian Bell sampai.
First girl to arrive here. Dia datang, reunion terus jadi persidangan meja bulat. 
Boraknya berlikung  sekeliling meja. Aku tak berapa dengar sebab dok pegang kamera. 
Bell merupakan di antara yang aktif berhubungan dengan kawan-kawan yang lain.
Mudah di bawa berbincang dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman ber reunion dengan grup-grup lain sebelum ni. 
Terima kasih Bell. 
Sekarang dia stay di Kinrara – jadi kaklong kawasan kat sana…hahaha…
Terima kasih Bell  sebab sudi belanja hot drinks reunion kita semua hari tu.
Bell singgah sekejap jek reunion sebab terpaksa pulang menjemput mem besar dia dan juga bersiap-siap untuk pulang ke KL semula. 
Oh ya lupa nak bagitau Kak Bell asalnya dari Gunong, Bachok.

Menurut lepas tu CMoh yang sporting sampai. 
Sambil tersenyum manis CheMoh menegur saing2 semua.   
CMoh ni selalu saja diusik-usik dalam group telegram dan whatsapp walaupun dia tak join kedua-dua grup tu. 
CheMoh ni macam kembar Bell, selalu berdua bila Bell kelik kampung. 
CheMoh jugalah yang mencadangkan agar reunion ni diawalkan sikit sebab dia kena attend bekwoh pulak lepas tu, Juga senang untuk berzohor selepas tu. 
CheMoh buka farmasi di Cherang. 

Haaa… sapa-sapa yang nak beli ubat boley laa gi kedai dia nanti…heheh…

Next Abe Li Gertak Kecupu dah sampai. 
Roommate aku kat Bilik M2 Rumah M. 
As usual tersenyum sambil masuk ke KFC. 
His smile is louder than his word.   
Walaupun ramai yang memanggilnya dia dengan nickname Abe Li tapi aku lebih comfortable panggil dia Din sahaja. Din mari dari Kedai Lalat.
Baru sebulan bertukar dari KL balik Kelantan. Incharge salah satu agensi kerajaan  berkaitan pembangunan pertanian kat sini.   
Dengan dia pun aku tak sempat nak borak panjang sebab lepas tu Cikgu Za dan Zarina sampai.
As usual as a host kena pi greet kawan-kawan yang baru sampai. Tak pa nanti senang-senang kita borak panjang ya Din. 
Terima kasih Din sebab sudi hadir ke reunion sekolah kita kali ni… nanti mari lagi deh.

Zarina datang dengan family dari Kg Kota, Kota Bharu. 
Area sekolah Form 6 aku tu…heheh…Dia juga homeroom mate aku - Homeroom Jujur under Cikgu Abu Zaki. 
Masa introduce tersalah sebut roommate laa plakk.Aiseh mujur tak kena cepuk ngan cek abe dio…hahaha.. Mujur ada Saha cakap yang kami bertiga ni homeroom mate…kahkahkah… 
Seriously Na memang awet muda.Muka sama jek dengan 23 tahun lepas!!!
gila kentang aku fikir macam mana laa diorang ni maintain ya.
Terima kasih Na sebab sudi hadir ke reunion kita walau anak tak berapa sihat. 
Terima kasih juga untuk Encik Suami yang sporting yang turut hadir ke majlis reunion kita pada hari tu. 
Na ni asal dari Alor Pasir, Tanah Merah. 
Roommate aku selain Din di M2 Rumah M  – Razani dan Johari juga orang Alor Pasir.

Tatkala aku bangun nak hilangkan lenguh duduk, ternampak kat luar cermin restoran Cikgu Za melenggang nak masuk ke KFC sambil mengendong anakanda tersayang. 
Cikgu Za ni orang Kuala Krai tapi sekarang mengajar di Pasir Puteh. 
Za aktif di whatsapp dan telegram. 
Usikan ‘membakar ikan’ dan ‘payung emas’ memang boleh buat kita gelak sorang-sorang. 
Aku ingat dia aktif dalam pandu puteri masa Form 3 dulu. 
Form 4 pun kami sama-sama ke MRSM KT. 
21 tahun tak jumpa. 
Selamat bertemu kembali Za. 
Cikgu Za bimbang benar kalau-kalau tidak ada girl lain yang join. 
Segan dia kata. 
Alhamdulillah reunion kali ni we have four girls in the house – Bell, Che Moh, Na & Cikgu Za. 
Ada juga teman berborak. 
Nanti kita buat lagi Reunion deh biar ramai lagi member-member pompuan yang lain bole join.

Boss Zol masuk ke KFC sambil mendukung anak lelakinya yang kebetulan tengah meragam. 
Tak sedar dia datang…tup tup dia muncul depan mata dan bersalam-salam dengan semua orang. 
Zol pun sama dengan Riza, singgah sebentar dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kelantan. Sekarang Zol stay di Kedah. 
Zol merupakan antara pelopor untuk pertemuan semula kawan-kawan batch kami. 
Dia juga banyak membantu dalam memberikan pendapat untuk majlis reunion ini. 
Terima kasih Zol.
Dia datang tak lama tapi sudah cukup untuk kita semua bertanya khabar berita. 
Tak apa Zol kita jumpa lain kali pula.

Ramai-ramai kawan yang datang reunion hari tu, MatYuh Black lah yang paling bijaksana.
Dalam orang lain dok merungut-rungut  tension pasal traffic jam, dia boleh tersenyum senang sebab datang naik motor… sempoi Yuh!!!
Patut laa gambar close up berpeluh-peluh aku tengok.
Dia mari dari Seberang Pasir Mas, rumah mertua…hermmm ramai jugak orang Pasir Mas yang datang kali ni..heheh..
sebenarnya tak tau pun dia datang naik motor sehinggalah dia bagitau bila reunion dah nak settle dah. MatYuh dapat gelaran black sebab batch kami ada lebih daripda satu Yuh. 
So Gemulah Dr Zulfaka bagi gelaran tu kat dia untuk distinguish with another 2 Yuhs. 
Aku pun dah lupa until recently dia bagitau dalam whatsapp Kelas 5G kami. 
Dia classmate Form 5G masa aku kat MRSM KT dan satu homeroom juga dengan aku, Saha & Zarina kat MRSM PT ni (Jujur Cikgu Zaki). 
Selamat berjumpa semula Yuh!!!

Pukul 11.43 whatsapp berbunyi.
Masuk message dari Abe Din Melor on the way jalan jam kat Melor. 
Dia suruh tunggu. Boleh salam tak apa doh dio kata…heheh…
Don’t worry Din. Kami mesti tunggu. Lagi pun lambat lagi nak habis ni. 
Dia sampai jek memang menceriakan suasana, riuh rendah jadinya. 
Tambahan pula berlawan ngan Riza pulok..memang geger. 
Seronok mendengar cerita-cerita hebat Abe din kita yang menceburi oil & gas industry. 
Merata tempat dia pegi…bestnya Din. 
Aku ada flashback time dia ajak aku bertumbuk masa Form 4 di MRSM KT dulu. 
Lawak gila aku rasa. 
Depan Dorm Tempua, petang-petang tengah orang dok menyembang dia ada buat lawak dan expect aku gelak. 
Kebetulan plak aku tengah tak ada mood sebab duit tengah kering, so aku buat dunno jah laa.
Dia buat lawak lagi.. aku buat muka sardin.
Bokali sebab geram tengok muka aku, sambil dia pegang tangan aku dia kata

 “heh heh mari nok begocoh gak..meto teh…lamo doh aku gere ko mu jak MARA PT lagi…” 

Aku tarik tangan aku dan diam jah…surprisingly Abe Din pun jadi diam jugop…hahahaha.
Lama jugak kami diam. 
Lama-lama lepas tu dia angkat punggung balik dorm dia. 
Abe Din jugalah yang mengajar aku macamana nak makan hard boiled egg dengan kicap di Dewan Makan MRSM PT. 
Riak mukanya semasa menikmati telur tu memang boleh buat kita telan air liur... hahaha…
Lama juga kami bersembang, bersama-sama dengan MatYuh, Solah & Liki.

Orang kata save the best for the last. 
Kena benarlah dengan Abe Solah kita kontraktor ssohor dari Pantai Senak, Bachok nih. 
Abe Solah juga datang dengan family dia. 
Cool je dia masuk dan salam dengan semua orang. 
Di telegram memang Solah kuat benar menyakat. 
Belago angin pula dengan Eri, Kuna & Tuan Mejar, kita yang membacanya ni pun tumpang gelak. 
Pada hemat ambo Abe Lah merupakan salah seorang di antara kawan-kawan kita yang paling banyak punyai ingatan-ingatan semasa di MRSM PT, selain daripada Dr. Semey. 
Dan ambo rasa amatlah rugi sekiranya memori-memori yang tersimpan kukuh dalam ingatan Abe Lah tu tidak di explore dan di kongsi dengan kawan-kawan yang lain.
Abe Lah!! kito keno duduk temu lutut nih.. biar kito samo-samo refresh balik dan sama-sama share memori di MRSM PT tu. Buleh Abe Lah?

Abe Nusi dari Jedok Tanah Merah tak henti-henti hantar message melalui whatsapp bagitau yang dia salah jalan menyebabkan hanya sampai dalam pukul 3.30 pm. 
Taka pa Si, insya Allah ada rezeki dan umur panjang kita jumpa smula-smula pulop.

Itu dia ...
sudah cukup quorum yang datang reunion hari tu. 
Yang datang hanya sembang-sembang saja. 
Tidak ada aktiviti yang khusus. 
Reunion yang dibuat ni hanyalah gathering biasa-biasa sahaja. 
Amat sederhana.

Hampir pukul 2.00 seorang demi seorang minta diri untuk berangkat pulang. 
Hanya tinggal Din Abe Li, Cikgu Liki, Abe Din Melor, MatYuh Black & aku je yang tinggal dok borak-borak. 
Selepas beberapa ketika Din Abe Li pula minta diri untuk pulang ke Kedai Lalat. 
Tinggallah kami berempat menyembang macam-macam. 
Sampai Abe Din Melor tak jadi untuk keluar kejap gi hisap rokok takut kami akan minta diri untuk pulang juga. 
Rela dia tahan..hahaha… 
Akhirnya dalam pukul 2.30 petang Cikgu Liki mula minta diri untuk pulang. 
Kami berempat sama-sama keluar. 
Sambil bersalaman masing-masing menuju ke kenderaan masing-masing. 
Abe Din dan MatYuh sembang-sembang sekejap. 

Aku menunggu dalam kereta sehingga semua berangkat dan hilang dari pandangan…

Aku tarik nafas dan mula tarik stereng...

Alhamdulillah...


Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan pada semua yang hadir pada hari tu. 
Ambo ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang berlangsungnya gathering kita pada hari tu.
Janganlah serik datang lagi walaupun banyak kekurangan dan kealpaan yang mungkin terjadi sepanjang majlis tu berlangsung.   
Semuanya adalah kelalaian dan kekhilafan saya dalam menganjurkan majlis tersebut. Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf.

Nanti kawan-kawan bagitaulah saya atau next organizer apa lagi yang boleh dibuat untuk mencantikkan lagi next reunion kita nanti.

Terima kasih daun keladi pada semua saim sobat yang hadir.
Wassalam.

geb razali isa














Tiada ulasan: