Selasa, 31 Ogos 2010

HARI MERDEKA


BUAT RAKAN-RAKAN SENEGARA :


SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 53.


semoga kemakmuran ini akan kekal selama-lama.


Isnin, 30 Ogos 2010

TIDAK BERTEMU

.
Kata Dia :
tika malam menjelma menggantikan siang
bulan pula muncul di tengah keheningan malam
kala ku lihat bulan
wajahmu terbayang dalam ingatanku
selamat malam
27/8/10 10.54pm

Kata Aku :
mentari siang datang!
wajahku masih di bulan?
di awan berbayang rindu
aku lihat wajah kamu
bukan dengan mata tapi dengan hati
degupnya mengusir lelap
menyapa salam pada cintahati
28/08/10 12.03pm


...dan hati kami berbunga-bunga
untuk rasa rindu itu...

.

Selasa, 17 Ogos 2010

MENANAM PINANG

.
rendang kena dengan kerisik
buah kuini getahnya hilang
orang di sana minta dirisik
orang di sini suka kepalang

hati-hati menanam pinang
takut dekat dengan telaga
hajat di hati nak masuk meminang
syawal dekat raya kedua

.

SEMINGGU PUASA

.
Seminggu puasa. Aku di Kota Bharu. Sambil melawat orang tua aku pusing-pusing juga keliling bandar Kota Bharu serata-rata.

Kebetulan aku pulang kali ini,musim buah tengah menjadi pula. Puaslah aku menyantap buah duku, durian, dokong dan rambutan.

Mak kata buah-buah musim ni banyak yang jadi baja. Luruh jatuh ke tanah begitu saja. Tidak ada orang yang melenggot mahu mengocoh buah-buah yang masak itu.

Buah setor juga meranum di pohon, tiada siapa yang mahu merukah naik untuk mengambilnya.

aku pesan juga pada mak dan ayah - bagi saja pada siapa-siapa yang mahu, daripada membazir begitu saja.

Sempat juga aku meround Pasar Siti Khadijah untuk mencari ulam buat nasi kerabu. menjajat dua tiga butir kedai emas mencari seurat cincin tanda. Juga membeli sagon dan asam celagi pesanan rakan sekerja.

Bila pulang singgah di TESCO, membeli barang-barang yang lain pula.

Ayah, dalam dua tiga bulan ini dok sibuk renovate rumah ( of course dengan bantuan abang ngah, joe dan adik aar.) Orang kata sebab nak bekwoh besar. Tapi sebetulnya itu tidak ada kena-mengena dengan kenduri atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Ini semua disebabkan adik aku Rojie yang beria-ia benar mahu membaiki rumah - "kita pakat adik-beradik.." kata dia.
Dan aku pula tidak ada sebab untuk tidak setuju dengan idea dia...hehehe...

So, dua tiga hari sebelum puasa, sempat juga aku menolong ayah menggaul simen dan pasir dua tiga kereta, dan juga menghulur bata-bata blok untuk diikat oleh ayah...tapi tak banyak laaaaa...hehehe
kebetulan ayah juga tidak berapa cekat, ayah hanya buat setakat yang dia mampu saja. Tak apa laa ayah, kalu penat berenti dulu...nanti kita minta tukang untuk buat peneduh dan bin tu pula.

Wakaf Che Yeh tidak sempat aku lawat, sekadar lalu-lalu macam itu saja.
Malamnya aku sempat juga pekena teh di Kopitiam White House depan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Keluar dengan Adi - macam-macam cerita boleh dengar.

Sehari sebelum pulang ke KL, aku minta mak buat lagi nasi kerabu, kali kedua dalam masa empat hari. Ayah sudah hilang selera melihat ulam-ulam nasi kerabu nih...dia lebih suka kalau ada kuah lemak...hehehe.

perjalanan pulang ke KL memang memenatkan....lebih-lebih lagi dengan wang yang melayang-layang dan kotak fikir yang terawang-awang.
Adios Kota Bharu. Dalam tiga minggu kita akan ketemu lagi.

.

PULANG KE KAMPUNG

.

Minggu pertama bulan Ogos aku pulang ke kampung di Kota Bharu. Best pulak rasanya dapat makan nasi kerabu masakan mak.

Cuti aku kali ni agak panjang, setelah hampir lapan bulan kerja tanpa cuti, aku rasa memang aku kena ambik cuti untuk rehatkan diri.

Balik Kl pulak terlepas flight pulak...aduhai...!!! melayang fulus...kena ambik tiket lain. Kebetulan pulak hari tu aku janji dengan beberapa orang kawan aku nak buka puasa kat PJ Hilton, terpaksa laa batalkan.

Sampai KL Sentral dalam pukul 9.30 malam mujur KA.Y dan AMN dengan baik hatinya datang ambik aku. Terus ke Bandar Baru Ampang - pekena pecal lele.

Masa kat airport tadi sempat makan akok bunga bekal yang mak bagi saja. Dalam flight plak boleh laa hirup jus oren dua tiga teguk sambik mengunyah kacang masin dan 2 biji kurma... alhamdulillah...

thanks kak for fetching me to the airport. And thanks my friends for your generous help and waiting for me to finish my buka puasa meal.

Sempat jugak kami borak-borak dan bertukar-tukar cerita...
AMN ajak pi Singapore 3rd week of Ramadhan...nak pegi ka? boleh jugak berpuasa di negeri orang...hehehe. Tapi itu akan dibincangkan kemudian.... kena balik rumah dah - penat...

huh...esok kerja..... hadoiii!!!!!
.